DIDENGAR-NYA SETIAP PERMOHONAN
Kadang kala Dia memberi sebelum si hamba sempat menadah tangan untuk meminta. Kerana dia sangat mengerti keperluan hambaNya. Dia yang menjadikan si hamba dan Dia jugalah yang mengatur liku-liku perjalanan hidup hambaNya. Apabila permintaan si hamba tidak diperkenankan, itu bukanlah kerana Dia 'tuli' dan tidak mendengar rintihan serta pengaduan hambaNya. Ada hamba-hamba yang dikasihiNya, yang dibiarkan menderita dan bersedih, dibiarkan terlantar kesakitan, dibiarkan susah dan miskin, kerana begitulah caranya Dia mendidik si hamba; diberi ujian-ujian yang akan menambahdekatkan si hamba dengan Nya dan melebar lorong buat si hamba dalam kembara di dunia menuju ke syurga yang abadi. Hamba yang menderita dan bersedih pasti akan mengadukan halnya kepada Dia. Hamba yang terlantar dan kesakitan pasti akan merintih memohon keringanan dariNya. Bumi ini milik-Nya, lalu selayaknyalah kita sebagai penghuni yang kerdil ini selalu mengadu kepadaNya.Agar kita tahu bersyukur jika diberi rezeki yang melimpah ruah dengan cara membahagi- bahagikannya pula kepada penghuni yang lain. Juga supaya kita tahu bersabar jika diberi rezeki yang sedikit, kerana kesabaran itu sendiri yang menjadi makanan hati. Sama ada kita bersyukur atau bersabar, di situ Dia menjadikan ganjaran pahala sebagai bonus untuk menempah istirehat di syurga.
Adakalanya Allah memberi di saat seorang hamba itu sudah hampir putus harapan. Waku itu hatinya hanya diserahkan kepada Tuhan. Apa hendak jadi pun, jadilah.. kerana Dia yang mengatur ketentuan.
Apa jua masalah, apa jua musibah yang menimpa,itulah pengaturan Tuhan. Hikmah di sebaliknyaharus digali di samping jangan lupa terusbermohon, solat hajat, bermunajat sertamemperbanyakkan taubat. jika masalah masihberpanjangan dan sudah putus ikhtiar kita, makaselaku hamba wajarlah kita kembali padaNya.terimalah hakikat bahawa itulah ujian untuk kita,agar diberi-Nya pahala sabar dan sebagai ingatankepada kita supaya tahu bersyukur dengan nikmatpemberiannya.
Untungnya orang mukmin..semakin banyak masalah semakin mustajab doanya. bukan perjuangan tanpa kesulitan tapi dalam kesulitan ada ketenangan memugar kekuatan. kita tidak bersendirian kerana Allah pasti akan bersama!
Author
Khairunnisa
2.10 P.M
17 JUN 08
Archive for June 2008
posted by Khairunnisa on Tazkirah
posted by Khairunnisa on Diari
Sekarang, saya tengah mendengar lagu Adibah Noor. Kenapa? Salahkah? Tajuknya "Terlalu Istimewa"... cuma saya tak tahu "siapakah" sebenarnya terlalu istimewa menurut lagu tu, bagi saya,bila dengar lagu tu, hati saya jelas mengatakan yang terlalu istimewa ialah seorang IBU....sebab IBU terlalu istimewa bagi saya =) dan tak tinggal lagu "Belaian Ibu" oleh Munif Hijjaz.
Yah tak kira la IBU, MAK, MAMA, UMMI, IBUNDA, MOTHER, MOM, OKAA-SAMA (dalam bhs Jepun daaa) atau apa saja gelaran yang seorang anak beri..mereka adalah tetap seseorang yang TERLALU ISTIMEWA.. yang mana hanya satu didunia untuk tiap seorang.. irreplaceable.. (ibu tiri tak termasuk ek).
Oh ya, apa yang saya nak kongsi sini ialah tadi saya nak cari resepi kek cokelat, so ternampak buku Teks lama "Sains Rumah Tangga" cetakan 1985. Lama tuhh..yang saya nak cerita sini ialah siapa tahu buat kek cokelat sila email saya ok? hihi ehh maaf ek..lari topik daa,jan mara yaa..sebenarnya,saya nak kongsi tentang kisah disebalik buku Teks tu. Buku Teks tu milik mak saya. Hjh Dayang Armah Hj Ahmad. Dah bertahun-tahun saya belek buku Teks tu, apa yang saya terlepas pandang ialah tarikh buku tu dimiliki dan apa yang tercatat dalam buku Teks tu ialah 2 FEBRUARI 1990. Dua tahun tepat mak telah melahirkan saya. Maknanya saat tu saya berumur 2 tahun tepat pada 2 FEBRUARI 1988 . Adik kedua saya lahir pada 1989. So, saat itu, mak baru memiliki dua orang cahaya mata. (alhamdulillah sekarang empat orang )Eh saya tau la masa mak beli buku tu hari lahir saya, jangan la korang fikir buku teks tu hadiah untuk saya, sebab...saya cuma berumur 2 tahun la waktu tu,tak kan la ... =)
Berbalik tentang buku tu, tetiba saya terfikir. Mak adalah seorang guru di Sek Men Ugama Islamiyah Tawau sebelum saya lahir lagi. Apa yang saya ingat,beliau mengajar subjek Sejarah dan Bahasa Melayu. Bukan Sains Rumahtangga. Jadi, tetiba saja hati saya sayu memikirkannya. Saya rasa,mak miliki buku tu untuk membantu sedikit sebanyak untuk dirinya sendiri sebagai "IBU" baru kepada dua orang anak yang baru berumur 1 dan 2 tahun ini pada saat itu. Maklumla,arwah nenek saya menetap kat Papar nun jauh dari tempat tinggal kami (Tawau), 8 jam perjalanan nya. Jadi, beliau kena berdikari untuk menjaga anaknya. Saya tahu mak seorang yang rajin dan sangat berdikari semasa mak kecil lagi. Sebab, mak adalah kakak sulung dan mempunyai adik seramai 6 orang selepasnya. Mak adalah seorang yang sangat cermat dan bertanggungjawab menjaga adik-adiknya dulu. Mak memiliki buku seperti itu bukan sebab mak tak pandai masak atau mengemas rumah. Bagi saya, mak ingin supaya keluarganya terjaga rapi, teratur walaupun tahap kewangan yang sederhana. Mereka sangat bekerja sungguh-sungguh semi masa depan anak-anaknya terjamin kelak.
Oh ya, mesti korang masih kabur lagi kaitannya dengan buku teks itu kan? ok..kandungan buku teks tu lengkap untuk panduan sebagai seorang suri rumahtangga. Antaranya Seni Rumahtangga (bagaimana menjaga rumahtangga dll), Seni Keibuan (Menjaga ibu yang hamil,menunggu ketibaan bayi dll), Seni masakan dan pemakanan (cthnya kuih tempatan,nasi goreng,merancang hidangan sebagaih ibu hamil,untuk bayi,untuk keluarga,perancangan kerja), dan Seni Jahitan dan membuat pakaian. Saya masih ingat lagi, cara mak buatkan baju raya kami masa kecil sama macam buku teks tu ajar. Cuma tentang masakan tu, tentulah mak saya tak ikut cara buku teks tu sebab mak saya memang dah terrer la. Hihi...
Jadi,....kesimpulannya, hanya seseorang yang bergelar "IBU" sahaja akan sanggup melakukan apa sahaja seperti itu malah lebih dari itu. Hanya untuk anaknya, walau sejahat mana pun anaknya, kasihnya melebihi segalanya. Ingatkah kamu bahawa keredhaan Allah itu terletak pada keredhaan Ibu Bapa? Ingatkah kamu sebuah hadis yang mana Baginda s.a.w melihatkan betapa tingginya darjat Ibu dari seorang ayah?
Bagi yang masih mempunyai IBU saat ini, hargailah mereka sebelum kamu menyesal saat kamu merasai sendiri kepayahan menjadi seorang IBU. Bagi seorang lelaki, dalamilah perasaan seorang wanita yang bergelar IBU. Bagi yang IBU mereka telah tiada, jangan lupa untuk sering mendoakan mereka. Moga hati kita tidak di hijab untuk merasai kehebatan cinta seorang IBU. =)
I LOVE YOU MOM..YOU ARE A VERY PRECIOUS PERSON FOR ME
Author,
Khairunnisa
5 A.M
16 JUN 08