Sungguhpun telunjukmu pendek tetapi nilai kejujuran syahadah yang disaksikannya boleh menghantar kamu sejauh ke Syurga.


posted by Khairunnisa on

1 comment


Barangkali telunjuklah antara jari yang paling kerap digunakan. Mungkin kelingkinglah pula antara jari yang paling kurang digunakan. Walau apapun, masing-masing jari mempunyai tugas dan fungsinya. Dalam antara banyak kerja-kerja jari telunjuk pula, syahadah yang disaksikan di dalam 5 solat wajib daripada 17 rakaat dalam sehari semalam itu sangat mustahak diberikan perhatian. Maksud tauhid yang dibawanya berbunyi, " Aku bersaksi bahawasanya tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan Aku bersaksi bahawa Muhammad s.a.w itu pesuruh Allah. " Bersama dengan penafian yang mentasydiqkan "tiadanya tuhan-tuhan lain itu", ia disambut oleh isbath yang mengesahkan bahawasanya hanya Allah jualah satu-satunya Tuhan yang selayak dan sedang diikrarkan sebuah penyerahan.

Penyerahan itu adalah pengakuan pengabdian yang diisyaratkan oleh tegaknya sebatang telunjuk. Lebih menyokong dan menyempurnakan lagi deklarasi ini ialah penyaksian seterusnya akan Nabi Muhammad s.a.w yang menjadi pesuruh Allah . Baginda yang siddiq, amanah, tabligh dan fatonah yang membawa contoh terbaik itu telah diberi kesempatan hidup yang mencukupi untuk diteladani dalam segenap aspek. Inilah yang menjadikan Islam itu sebuah ad-deen yang lengkap dan menyeluruh. Walaupun lafaz dua kerat yang pendek dan dilambangkan dengan sebatang telunjuk pendek itu dilihat seakan-akan rinkas, namun nilai syahadh itu menyimpulkan sebuah tauhid pengEsaan terhadap Allah S.E.W selaku Rabb. Jika demikian, maka sahlah yang seorang hamba itu sudah membuat penyerahan dan pengabdian yang cukup sempurna. Dia akan tolak segala bentuk kesyirikan dalam kehidupan berpandukan segala gerak geri dan tingkah laku yang ditunjukkan oleh Nabi junjungan-Nya. Dengan demikian, persaksian syahadah itu akan menjadi tunjang hidupnya dan penunjuk sepanjang hari. Telunjuk pendeknya itulah yang akan menunjukkan ke jalan yang lurus. Akhirnya dia sentiasa berdoa mengharapkan yang dia akan dibeikan peluang hidup seterusnya dan mati akhirnya dalam lafaz pengakuan berbunyi "Laa ila ha illa Llah." Insya Allah, jika ini semua dilakukan, maka dia akan ke syurga.


~Tikaman MADAH oleh Anbakri

1 comment

Leave a Reply

About

Blog Widget by LinkWithin