Archive for March 2013

Aku dan Manusia


posted by Khairunnisa on , , ,

1 comment


Manusia.

25 tahun bertemu dengan bermacam ragam jenis manusia. Ada yang ;
  • baik, baik sangat macam malaikat
  • jahat, jahat sangat macam _____ (malas nak tulis)
  • pendiam, pendiam sangat seolah-olah bisu
  • becok, becok sangat macam burung.

Ada juga yang ;
  • kita rasa, dia seorang yang baik, rupanya baik di depan tapi selalu cakap buruk tentang kita dibelakang
  • kita rasa, dia seorang yang jahat, rupanya dialah yang paling banyak bantu kita dalam diam
  • kita rasa, dia seorang yang pemalas, rupanya dialah yang selalu kemas rumah masa kita sibuk 'outstation' ke mana-mana program
  • kita rasa, dia seorang yang kedekut, rupanya dialah yang selalu bersedekah dengan tangan yang tersembunyi
  • kita rasa, dia seorang yang selalu ambil peduli dengan kita, selalu bagi nasihat, sampai masa, mereka berputus asa bila kita belum berubah seperti apa yang mereka harapkan
  • sering berputus asa dengan manusia yang lain

Sebait catatan taujih Allahyarham Ustadz Rahmat Abdullah “Setiap kita akan senantiasa diuji oleh Allah SWT pada titik-titik kelemahan kita. Orang yang lemah dalam urusan duit namun kuat terhadap fitnah jabatan dan wanita tidak akan pernah diuji dengan wanita atau jabatan. Tetapi orang yang lemah dalam urusan wanita namun kuat dalam urusan duit tidak akan pernah diuji dengan masalah duit. Orang yang mudah tersinggung dan mudah marah akan senantiasa dipertemukan oleh Allah dengan orang yang akan membuatnya tersinggung dan marah sampai ia mampu memperbaiki titik kelemahannya itu sehingga menjadi tidak mudah tersinggung dan tidak pemarah. "



Kadangkala, saya sendiri merasa berputus asa untuk berinteraksi dengan orang lain. Manusia sering, menyakitkan antara satu sama lain dan sukar memohon maaf.

Kadangkala, saya teringin mahu hidup menyendiri. Tanpa manusia disisi. Tanpa merasa menyakiti manusia lain dan disakiti oleh manusia lain.

Namun, semua pengalaman yang berharga ini buat saya menyimpulkan sendiri, bahawa manusia juga pasti akan bermuhasabah tiap hari, menyesali perbuatan yang jahat dan berazam untuk berubah. Tatkala saya terlintas mengatakan bahawa "semua manusia tidak boleh dipercayai", saya akan duduk diam. Muhasabah dan berfikir bahawa "Manusia itu  juga akan bermuhasabah tentang apa yang telah mereka lakukan terhadap dirimu".

Begitulah putaran hidup, harus penuh ujian. Harus merasa disakiti dan menyakiti. Harus merasa jatuh dan bangun. Harus merasa kecewa dan berubah. Harus mengawal rasa prasangka dan selalu cuba untuk bersangka baik dengan manusia yang lain.

Benar bahawa dunia ini adalah tempat yang memenatkan malah menyakitkan hati ! Namun itulah yang membuatkan seorang hamba Allah berkualiti. Jangan pernah lari dari dunia kerna semua ini buat Syurga lebih bermakna untuk hidup didalamnya. Biarlah manusia berputus asa denganmu, kerna Allah tidak akan pernah menyia-nyiakan hambanya.

Kuncinya, Sabar diatas sabar :')


Dg Siti Khairunnisa Ismail
25 Mac 2013
Teratak Borneo, Kuala Lumpur.

About

Blog Widget by LinkWithin