Archive for 2011

Ku sedari kamu


posted by Khairunnisa on ,

No comments

amazon.co.jp's photo

Kala insan hebat tidak memandang dirimu, 
Kan ku tampil menghargai kewujudanmu,
Seminit atau sesaat,
Dari jauh ku melihat,
Walau sekadar menjadi bayang! 
Kau tak pernah sepi dari doa-doa.

"Sesungguhnya AKU (ALLAH) tidak pandang kepada apa yang dibicarakan oleh seorang yang Bijaksana, tetapi apa yang AKU pandang ialah niatnya dan cita-citanya yang ada kaitan dengan hal-hal yang dicintai Allah dan diredhaiNya. Aku akan menjadikan kebijaksanaannya itu pujian kepada Allah dan keteguhan hati kepadaNya, walaupun ia tidak berkata apa-apa"
-Riwayat Najjar

Ds Khairunnisa
19 Dis 2011
Rumah Balqis, Kuala Lumpur

Segelas C.I.N.T.A


posted by Khairunnisa on

No comments


*Cintaku cuma segelas, 
seandainya dibahagi dua, 
ia tetap segelas

Sekali Tuhan campak rasa,
renung dan bersyukur.

Sekali Tuhan tarik bahagia,
tenung dan muhasabah.

Jangan dirisau tentang,
hatiku bukan se-FRAGILE kaca.

Harapan bukan satu,
bila doa-doa dituntut hamba.

Kutahu,
Tuhanku,
tetap ada.




Nukilan,
Ds Khairunnisa
12 Oktober 2011
Rumah Borneo, Pantai Dalam,
Kuala Lumpur.

(*) 3 baris dari petikan karya Anbakri

Sedikit cahaya


posted by Khairunnisa on

No comments

Gambar jelas, cuma,
ia perlu sedikit cahaya.

seperti menjernihkan,
apa yang berlegar didalam fikiran
dan bermain didalam hati.

Hmmm~

M.A.N.U.S.I.A
{ An-nur: 35 }


Ds Khairunnisa Ismail
2011, Julai 5
Tawau, Sabah.

Isyarat yang hilang ~


posted by Khairunnisa on

No comments


Darah orang muda,
punya jiwa-jiwa 
yang panas dan degil.

Ada yang mencabar, 
siapa ingin menjadi Khadijah?

Ada yang tertunduk, 
"biarlah aku seperti Aisyah"

Jangan saja menjadi monyet,
kesombongan yang merugi.
Biar jadi merpati putih,
aktif tapi penuh hati-hati.

Kedepan atau menanti,
semuanya bergantung pada DIA,
moga kita tidak lupa,
pada syarat-syarat.

Barulah isyarat itu,
tidak hilang frekuensi.



Ds Khairunnisa Ismail
2011, Mei 24
Perumahan Pantai Permai, Kerinchi.

Belum berhenti berfikir


posted by Khairunnisa on ,

3 comments



Bila mula berdiam diri,
merenung kanvas sehiba hati,
bermakna aku terlupakannya,
sesaat.

Bila mula bermadah gembira,
pada kenangan memulakan ziarah,
bermakna aku teringatkannya,
sehasta.

Difikir-fikir ; resah.
Buat tak endah ; lupa.

Lirik mata menghantar pesan;
Malam-malamku, diam-diamku, ... berdoa.




Ds Khairunnisa Ismail,
4 April 2011, 10.00pm,
Dewan Sastera, Universiti Malaya

_____________________________________________________________


Bak kata Buya Hamka;

Hanya DUA tempat bertanya, 
Pertama Tuhan, 
Kedua Hati,
Dari mulai hidup sampaipun mati, 
Timbangan insan tidaklah sama.



Sebaris doa yang terlupa


posted by Khairunnisa on ,

1 comment



Aduh,
ada doa-doa yang terlupa bicara,
atau mungkin,
aku alpa?

Nyaris mencemuh zaman yang meluputkan segala

Mujur,
dipersimpangan hayat sebaris doa,
2 jiwa itu ditemukan.

Sempat?
Ya, mujur sempat.

Ku kira, 
itu saki baki keseriusan doa-doa yang lalu.

Cuma, ia bayangan atau cebisan?

Biasanya...
makbulnya tidak total.

Sangkanya... 
harapan itu perlu sekali cuma.

Salah!
bukan, kamu silap!

Makanya...
DOA itu harus jadi zikir!

Kunci ; Istiqamah

Begitu kan? kan?


Nukilan: Ds Khairunnisa Ismail
Teratak R Borneo
2011/03/08

Mereka itu, mahu cahaya. Biarkanlah ~


posted by Khairunnisa on ,

1 comment



"Adik dengar apa itu?"

"Ini? Haji Rhoma Irama nyanyi~ "

"ialah.. lagu apa?"

"Ini? "Mutiara Hidupku"

"Oh... ada ya di youtube?"

"Eh.. pasti ada.. lagu baru, lagu lama, lagu da'wah nya itu pun ada.."

"Iya?"

"Iya ~~ kenal ya sama dia?"

"Dia (Rhoma Irama)? waduh pastilah. Ini lagu kegemaran saya ini, masa kecik-kecik. Dulu, disana (Indonesia), dia selalu tu datang ke daerah saya, buat show, sekarang pun masih lagi. Di TV itu (channel Indonesia), 2x seminggu"

Sambungnya "Anaknya Redha itu, hemm tak macam bapaknya. Sayang... tak jadi macam bapaknya.. kuat main"

"Ohh~ ya.. iya ^_^"

Selepas itu, mas itu, ku kira student Master dari Indonesia, menyanyi-nyanyi sambil mengucap salam. Keluar dari pintu.

__________________________________________

Mendengar orang berkata, berbicara apa saja, suka hati mereka tentang Bob Lokman. Saya teringat kisah hidup Haji Rhoma Irama.

Komen saya, ringkas.

Mereka itu, mahu CAHAYA. Biarkanlah ~

Carilah lorong CAHAYA kamu sendiri, ok?




[Photo] "Christians protecting Muslims during their prayers" .. is it really?


posted by Khairunnisa on ,

No comments




A pic I took yesterday of Christians protecting Muslims during their prayers #jan25 (by @NevineZaki @twitter)

Some tweeters claimed that it's a Muslim who protected the Jamaah (group of prayer)... but others said it's a Christians (because they didnt prayed together). But, there's a situation that Muslims will / did not pray together (exp War Situation) . Hemmm...

All pictures credit to @NevineZaki at Twitter.com

My dark ages?


posted by Khairunnisa on ,

1 comment


" If 2010 was my "Dark Ages" ,

so I hope 2011 will be my Renaissance" 
 - Quote by @ds_khairunnisa

About

Blog Widget by LinkWithin