Archive for April 2010

그냥 짧은 메모


posted by Khairunnisa on , ,

5 comments

싶어요... 


미안 해요


어리석은 것에 대한


거기에 너무 많은 슬픔입니다


아주 힘든 고통을 감당할하려고


난 희망을 Allah 가까이 다가 와서는




p/s: don't care this short note.. please don't fill any translation in my comment box. Thanks.

Diari Elisya : Kesayangan kami


posted by Khairunnisa on ,

7 comments



* adopted her at 19 April 2010. 
---


19 April 2010


"Assalamualaikum dayang!! kau boleh jaga anak kucing tak?"


"Hah!! apa kes?" - aku


"Ada sekor anak kucing ni, dari API ekori kami sampai la Kolej 5... aku tak pandai pegang anak kucing.. jadi aku biar dia bejalan sendiri.. macam sakit ja aku tengok.. bole tak dayang?"


"Hahh.." - blur... apakah? - aku


---
(sampai di bilik)




"Assalamualaikum... Ana.. Eny.. kaka ada bawak balik "seseorang".. comel tak? hehe.. maaf la, kaka tak sanggup nak biar dia sendiri di bawah.. kecik lagi.. kisahnya bla bla (seperti di atas).. aduh.. camna ya? "


... akhirnya Eny & Ana setuju untuk jaga semalaman sebab anak kucing tu nampak sakit (bayangkan jalan kaki dari API ke Kolej ni.. jauh tu..)


"Kita panggil dia ELISYA, ok tak?"


"Kak Dayang.. jantan la ni.."


"Eh manada.. betina la.." (..konfius jantina)


akhirnya.. kami sepakat panggil dia ELISYA.. 


E L I S Y A 


(sebab nama haiwan peliharaan HongKi (FT Island Band) pun ELISYA muahaha.. shhh.. jangan gitau Ana & Eny kekekeke~ minat seh)


---


20 April 2010


Esok ada 1 jam exam subjek KM- Kemahiran Maklumat, Ana, Eny dan aku amik subjek tu, means, Elisya tinggal sorang-sorang dalam bilik. So, kitorang fikir apa nak buat dengan Elisya.. nak buang.. kesian, kecik lagi.. so petang tu, aku dan Lily search dalam internet tentang Pusat Penjagaan Kucing sekitar KL or Selangor.


Aku ada iklankan dalam Facebook bagi siapa-siapa nak pelihara Elisya. 


Respon: Ada yang nak, tapi sibuk. Ada yang nak, tapi tak reply lagi samada sure atau tak.


Buntu.


Then, dapat la detect dua tempat Pusat Penjagaan. Aku terus contact kot-kot perlu buat appointment. 


Respond Pusat Penjagaan tersebut:


"Ya, tak ada masalah"


"Saya nak tahu prosedur nya"


"Oh.. datang je kat sini, jangan lupa, seekor kucing RM50"


"anak kucing?"


"anak kucing ke, nenek nya ke, cucunya ke cicitnya ke.. mesti kena bayar RM50"


"Terima Kasih" 


~ pegal. Mungkin untuk biaya pemakanannya kot. Apapun, DUIT. Hurm~


Lewat petang tu, kami buat keputusan untuk hantar saja dia ke cafe Kolej tutt~ sebab sana banyak kucing dan senang dapat makan.


muka sedih ELISYA, ni on the way nak gi letak dia di cafe Kolej tutt


After Asar, aku dan Ana letak (jangan baca buang.. tak sanggup nak dengar) Elisya di belakang cafe kolej tutt tu. Sedihhh sangat~


Balik semula ke bilik. Aku dan Ana cerita pada Eny keadaan Elisya di sana. Rupanya, Eny rindu jugak dan tak sampai hati nak biarkan Elisya yang kecik lagi tu kat luar sana hehe sampai menitis air mata, mata aku tau yang masing-masing (Ana, Eny & aku) tak sanggup lepaskan Elisya.. (jangan mara Eny kekeke)


Lepas ja solat Maghrib, aku dan Eny terus pecut nek motor ke kolej tutt tu untuk bawak balik Elisya semula huhuhu 


"Elisya.. Elisya.. kau telah membuatkan aku menitiskan air mata"- kata Eny kekeke (jgn mara aa kaka masukkan lam blog huhu)


--- KAMI BAHAGIA ---


Kehadiran Elisya buat hidup kami tidak sunyi, ceria, KELAM KABUT & SERABUT, itu bila dia mula buang air besaq.. fuhh kena tanggung risiko tu.. bak kata Ana, praktikal jaga baby kekeke


---


21 APRIL 2010


11.30am: Kami bertiga exam. Sebelum bertolak, kebetulan Elisya tidur. Exam 1 jam saja. 


12.30pm: Kami balik bilik. Elisya masih tidur... nyenyak nya.. alhamdulillah.. tak ada masalah tinggalkan dia dalam bilik untuk satu jam ^_^


tengok la.. macam-macam gaya dia tidur... unik sikit hehe


Jam9.00pm: Eny ajak aku gi study di Akademi Pengajian Islam, sebab kalau kat bilik tak dapat study, rasa ngantuk a, dah la esok subjek killer.. eh Elisya siapa nak jaga? Ana gi meeting.. Eny kata "apalagi.. bawak la sekali.. tak kan nak tinggal..".. ooh.. Elisya ikut sekali ke API.. nasib tak ramai orang kat sana malam2.. 


Ni la gaya ELISYA tidur di atas meja, API hehe. 
Kerjanya di API, lari sana sini.. pastu tidur.. ish3


p/s: Elisya sempat kencing kat sana, huhu aku ambik kesempatan cuci Elisya lam tandas, sebab TISU banyak.. senang sikit kekeke shhhh~


---


25 April 2010


3.00pm: Aku gi survey kot labuh buat Yati aka Cumit di Sogo. Pening dengan harga-harganya yang standart- up RM150.. aku pun turun la shopping makanan di bawah. Teringat kat Elisya, aku pi bahagian makanan kucing, huhu aku belikan Elisya Whiskas Junior dan Susu segar~` pergh... Elisya suka huhu


tadaa...

ni la gaya Elisya.. dia nak membolosi jaring tu.. kelam kabut aku keluar sebelum dia gi lari ke high way sebelah ni


6.00pm: Eny nak gi cuci kereta di pantai dalam, dekat Supermarket UO. Kami bawak sekali Elisya. Hehe... buat kali kedua, kami bawa Elisya jalan. Tak ada masalah. Elisya baik ^_^


---


26 April 2010


Bilik terasa pelik sikit, dah sembur Febreze pun ada bau lagi. Rupanya Elisya melepas kat bawah katil. Aiseh... kami terlepas pandang pulak tanda-tanda & timing dia nak melepas. Lepas maghrib, aku dan Ana mop satu bilik. Huhu.. (Eny balik kg). 
Hikmahnya: bilik bersih sangat sebab tak pernah pun basuh bilik ni dengan ayaq haha selama ni main sapu ja... Elisya.. Elisya..


---


Tengah buat kerja, Elisya main-main di meja belajar aku.. boleh pulak dia terlelap kat situ.. ish3


yang ni, terlelap di laptop Farhana @ Ana


Tiap saat, pas baca buku atau tengah mengadap laptop, mesti tanya Ana, "Elisya mana?" - tengah tidur bawah meja la, dalam almari la..tak pun tengah main..


Kalau nak panggil dia, jangan panggil dengan panggilan "MEOW".. kena panggil "Elisya", baru dia datang huhu dia dah biasa dengan nama tu...


---


Kerja Elisya: Main + Makan + Tidur

Cakk...

minum susu

tidur dalam pangkuan lagi~ hehe


Masa nak buang air: dia mesti me-ngiaw kejap sambil menguis lantai.. alamatnya kena angkat dia dalam kotak khas da kami buat, ada newspaper... pastu cuci kaki dia, lap badan dia.. nanti habis satu bilik kotor..


Masa lapar: haa.. masa ni la dia jadi baikkk sangat, duduk dekat-dekat, begesel, pastu me-NGEOW kuat-kuat.. haha 


Masa main: biasanya, rutin dia, lepas makan, mesti main, lepas penat, dia tidur, pastu.. bangun semula, kadang-kadang lapar, dia pi makan, main semula, pastu tidur.. tu ja la kerjanya hehe macam budak-budak.. (memang budak pun.. tak sampai 1 tahun lagi) 




Tapi, Elisya memang senang nak jaga. Jarang hati ni sedih dan bosan bila lihat gelagat Elisya. Bagaikan bayi, terasa sangat, tenang.


---


Sebenarnya, kami masih menunggu seandainya ada sesiapa di luar sana berminat untuk jaga Elisya, musim cuti dah dekat, kami tak dapat nak bawak balik ke rumah masing-masing.. rumit sekali masalahnya... kalau berminat, boleh tinggalkan pesanan kat kotak comment bawah ni ya.. sertakan no tel kalau tak keberatan...


---


Status:


Masa nak buang Elisya kat kolej "tu", rasa bersalah sangat, terbayang sikap para wanita sekarang yang tidak berhati perut dan tak berotak yang sanggup buang bayi mereka. Aku bukan seperti mereka. Walaupun dia cuma seekor kucing, tapi dia punya nyawa yang sama dengan nyawa aku. 


Harap, para wanita & lelaki di luar sana tidak mensia-siakan hidup mereka dengan melakukan sekaligus dosa besar yang bertimbun = ZINA + MEMBUNUH. 


---


Diari buat Elisya ku sayang~ seandainya dia dapat baca -_-"


---


Sleepy





p/s: kisah ini antara aku dan kamu saja tau.. jangan bagitau Pengetua Kolej.. nanti kena marah kekeke~


alamak.. satu rahsia aku dah terbongkar, nampaknya kena hati-hati.. ~tersenyum bahagia


~ kisah ketika minggu exam ...




Salam sayang:

- Dg Siti Khairunnisa bt Ismail Lamo
- Universiti Malaya, KL, Malaysia

Buat aku & kamu : Selamat menduduki Peperiksaan


posted by Khairunnisa on ,

4 comments


Baby Mason nak exam ngan Kak Dayang ^_^

Salam alaik, hye ~

Maaf, sorry, aasifah, gomenasai, mianhe .. 

sebab lama tak ter-update. Saya tak sangka ramai yang bertanya keadaan empunya blog ini. Ok sebentar, izinkan saya melaporkan diri : Start 5 April hingga 15 April, kondisi minda, jiwa & akal di bawah keadaan yang kurang stabil. (rasa tak perlu di detail kan). Dan saya sendiri tahu sebabnya dan mengumpul kekuatan diri untuk mencari kekuatan yang lebih besar. Alhamdulillah, atas KASIH SAYANG & CINTA-NYA, saya kembali bersemangat. Beruntung dapat merasai CINTA-Nya, Allahu Akbar.

Sebenarnya, ada banyak benda saya nak kongsikan dan komen tentang keadaan dunia sekarang ni, namun.. tidak berkesempatan. Masih dalam folder "waiting list" hehe. Apapun, draft nya dah siap, dan insyaAllah lepas exam nanti saya akan update. 

Mohon doa nya yah sahabat, berikut exam list saya, sebelum ada yang mula bertanya & tercari-cari ^_^

20 April - Asas Pembudayaan Keusahawanan
21 April - Kemahiran Maklumat
22 April - Islam & Ideologi
24 April - Kepimpinan Islam
29 April - Pengantar Sains Politik
4 Mei - Kaedah-kaedah Siasah Syariyyah
5 Mei - Fiqh Mua'malah

Lepas 5 Mei tu, setakat ni, saya fokus pada projek baru dapat minggu lalu. Saya akan mula menyelak design buku-buku pulak. Lepas exam pun jumpa buku lagi. hehe... Sebab, kali ni, bukan lagi tulis buku, saya design buku pulak. Allahurobbi.. moga-moga laptop saya yang tua ini mampu lagi berkhidmat pada saya yang muda ini hehe... rasa kena lajukan lagi ni, kalau tak, tak tertanggung Adobe Illustrator nak install nanti.

Haa sahabat-sahabat yang setia berkunjung, setakat itu la saya dapat kongsikan. Buat yang berkunjung, ada satu nasihat sebagai ole-ole buat bekalan bersama sebelum kalian berpindah melihat blog-blog lain yang lebih banyak pengisiannya. 


DOA

Di pergelangannya: Gelang platina
Tujuh musim memain gerak. 
Ketika ia menabur roti ke padang - 
sedang gagak-gagak berebutan. 
Kusibak Kilat senyumnya! 
Fikir jernih di matanya! 
Apakah hidup hanya Doa. 
Sebelum dan sesudah Memberi ajaran. 
Dunia Yang tak selesai dendam
Perkelahian dan tingkah!

Ia mengetuk pintu ke pintu
Memberi dan meninggalkan
Tasbih - Mawar. 
Witir di hujung tangis perpisahan
Yang perlukan Doanya!

Ia melangkah dan mengheret jubah
Mendaki dan menuruni - 
Doaku adalah untuk mereka yang takut gelita malam 
setelah bosan pada cerah siang. 
Minum, air kasih ini duhai manisku. 
Inilah doa murni
Tuhan telah meletakkan sayang
Tuhan hulurkan Cinta. 
Keajaiban yang tak perlu kau tanya!

Gagak-gagak hinggap di telapak tanganya
Roti masih ditebar. 
Aku cuba mencelah di
Gerak bayang jubah.

dari : Siti Zainon Ismail


Yah.. saya juga perlu doa kalian, moga Allah permudahkan segala gerak kerja kita semua. Ada lagi satu ole-ole buat kalian, terimalah, hasil adobe saya masa lapang minggu lalu.. kurang cantik mungkin huhu.. jangan lupa ambil ya ^_^





Salam sayang:

- Dg Siti Khairunnisa bt Ismail Lamo
- Universiti Malaya, KL, Malaysia


About

Blog Widget by LinkWithin