sedikit perkongsian dari Diari Khalifah ku


posted by Khairunnisa on ,

No comments



BICARA KHALIFAH

PEMIMPIN. Sekecil-kecil taklifan juga di namakan PEMIMPIN. Tugas tetap tugas. Itulah yang berlaku dalam kehidupan kita. Tidak dapat tidak, sekecil zarah, setiap saat masa kita ni akan di tanya di akhirat kelak, bagaimana kita mentadbir bumi.

Baru-baru ini, saya baru menyelesaikan satu program kampus. Satu rentetan pengalaman yang menarik. Di mana, saya dapat mengaplikasikan "jagalah waktu mu untuk ALLAH, nescaya ALLAH akan atur seluruh hidupmu". Di sini, saya ingin mengajak kamu semua berfikir, kepada bakal pemimpin ISLAM semua, kesibukan kerja, meeting, dan sebagainya bukanlah satu pengalang untuk kita beribadah pada ALLAH. Malah dapat mendekatkan diri kita ini pada ALLAH.

Ini kerana, sepanjang kita bekerja, menguruskan program, mentarbiyyah dan di tarbiyyah itu juga adalah ibadah selagi mana niat kita kerana ALLAH. Hanya orang-orang yang sombong sahaja yang tidak mengaku bahawa tiap saat itu sebenarnya milik ALLAH. Jangan biarkan diri kita ini jauh dari rahmat dan cinta ALLAH.

Tak tenang, jiwa berkecamuk, rasa bengang, kerja yang dirancang tak menjadi seperti yang telah di aturka. Semua itu ujian. Cara ALLAH berbicara dengan kita untuk mentarbiyyah ruh dan jiwa kita erti SABAR dan TAWAKKAL. Sekiranya kita jauh dari-NYA , kita tidak akan dapat merasakan RAHSIA SABAR dari ALLAH.

Moga kesibukan yang saya dan kamu semua alami ini mendekatkan lagi diri kita pada ALLAH.







DSKhairunnisa’Ismail ,
Akademi Pengajian Islam Uni. Malaya,
21 Januari 2009



Leave a Reply

About

Blog Widget by LinkWithin