DI AMBANG KEHIDUPAN KU
Pusing, gundah, rasa sangat tidak selesa. Aku hanya insan biasa. Bila sampai kemuncak kesibukan kerja, mula lah emosi kurang stabil. Kadang-kadang rasa lemah, tak mampu untuk teruskan. Kadang-kadang rasa sakit satu badan. Mana tak nya, sibuk hingga lupa untuk menjaga diri. Astaghfirullah.
Al-Quran.
Satu wasilah untuk Allah berbicara pada hati kita. Mungkin, dalam kesibukan, aku terlupa untuk bertemu sahabat yang paling hampir dengan kita iaitu Al-Quran. Di dalamya terdapat pujian Allah terhadap hambaNya. Di dalamnya, tersusun indah ayat pujukan buatmu, kala diri lemah dan tersisih. Segala-galanya ada di dalamnya. Moga kita termasuk dalam golongan tawwabin. InsyaAllah.
Masa.
Pensyarah Ko-Ku ku kata, kebanyakan kita gagal kerana tidak pandai mengurus masa & emosi. Untuk melihat lebih jelas, beliau menyuruh kami membuat kajian, antara orang yang solat di awal waktu & orang yang solat di akhir waktu. Siapakah yang lebih berjaya mengurus hidupnya. Beliau kata, sudah tentu orang yang istiqamah solat di awal waktu lebih teratur hidupnya dan lebih sistematik jadual hariannya. Subhanallah.
Sahabat.
Satu wasilah juga dari Allah untuk menegur sikap kita. Percaya atau tidak, aku dapat merasainya. Kala aku buntu, mereka sering ada di sisi untuk menguatkan ku. Di saat aku kecewa, mereka datang membisikkan "kau kena kuat" "kau mampu" "jangan abaikan dakwah & tarbiyyah". Satu ayat yang aku tak kan lupa, "Kak Dayang, Allah sedang berbicara dengan mu. Mengajarmu erti kehidupan. Hamba yang terpilih untuk di uji. DIA sayang padamu". Air mata ku mengalir. Hati ku sebak. Ternyata DIA mengatur segalanya. Mengatur pertemuan antara aku & sahabat. Mengatur episod nasihat melalui sahabat. Membuka hati mereka untuk membimbing diri ku. Alhamdulillah.
Mereka.
Husbah, uhibbuki fillah. Kau sahabat yang sangat memahami. Kau selalu di sisi saat aku jahil dahulu. Kau tak pernah meremehkan kehidupan jahil ku dulu, malah dengan penuh cahaya kau menyedarkan aku. Ta'ah,uhibbuki fillah. walaupun kita selalu tak sependapat, aku tahu, perselisihan pendapat itu buah hikmah dan kau tak pernah menutup bicara kita dengan pergaduhan malah salam kemaafan terlanjur bicara dan satu keputusan syura yang sangat menyenangkan. Shima,uhibbuki fillah. syukran kerna selalu mempercayai aku & tak pernah meninggalkan aku dalam kejahilan & kebuntuan dalam menguruskan Usrah. Kesungguhanmu dalam persahabatan kita kerana Allah buat aku kuat dan jelas matlamat. Moga impian mu ke bumi Mesir itu di permudahkan Allah. Impianmu sangat mendalam & mengajarku erti kesungguhan dalam mencari ilmu. Untuk adik-adik ku yang di sayangi, Umi Za, Umi Yu, Masturah. Ana uhibbukunna fillah. Syukran kerna selalu mendampingi ku dan menguatkan ku saat aku lemah dalam menguruskan urusan ISLAM. Syukran kerna kalian tidak menyisihkan aku. Aku tidak tahu apa yang kalian rasa dalam persahabatan kita. Tapi fitrah & jiwa aku amat senang berdamping dengan kalian. Ya Allah, aku sangat bersyukur di pertemukan insan-insan seperti mereka. Ikat hati-hati kami ya Allah dalam jalan dakwah-Mu. Allahuakbar.
Sibuk.
Ya. Bulan Januari merupakan muqaddimah bulan yang sangat menyibukkan diriku sehinggakan tak dapat langsung update blogshop NISA ku, apa lagi blog QK ni. Aku minta maaf banyak-banyak kerna lama tidak berkongsi ilmu dalam medan maya ni. Suhu yang mencapai 23 c ni memang amat menyejukkan. Semester ni subjek tak banyak, tapi kerja berlambak. Allah..doa kan diri ini dapat mengurus antara Dunia & Akhirat.
"Ya Allah, letakkan lah DUNIA di tanganku, jangan di hatiku"
Harap kalian dapat meng"ameen"kannya. Dalam kesibukan pasti ada ujian. Moga hati ini tetap di atas agama-Mu ya Allah. Ameen.
NIKMAT.
Siang biar bergerak bagai singa ISLAM.
Malam biar penuh dengan jiwa yang khauf untuk-Nya.
Biar kita ini berjiwa HAMBA..jangan cuba di cemar.
Islam, Iman & Ihsan. Alhamdulillah.
Sahabat. Subhanallah.
Cinta-MU. Allahuakbar.
Aku..hanya seorang Hamba...
DSKhairunnisa’Ismail ,
1 FEBRUARI 2009
3.00 pm
Akademi Pengajian Islam Uni. Malaya,
posted by Khairunnisa on Diari, Tazkirah
Assalamu 'alaykum ukhti ?
apa kabar ?
semoga sentiasa berada dalam naungan berkah, rahmah, magfirah, taufiq, hidayah, inayah, ridho serta cinta Allah 'Azza Wa Jalla.
Amin Ya Rabbal 'Allamin.
semoga ukhuwah yang terjalin diantara kalian dapat menjadikan jalan untuk istiqomah saling meneguhkan dalam keimanan dan kecintaan terhadap Allah 'Azza Wa Jalla.
^_^