Archive for September 2008

Lailatul Qadr: Malam misteri yang dirindui kedatangannya


posted by Khairunnisa on ,

No comments




Tazkirah Ramadan | Umat Islam di seluruh dunia akan memasuki fasa ketiga pelaksanaan ibadat puasa serta amal-amal ibadat sunat yang lain pada minggu hadapan, ini bermakna sedar atau tidak, Ramadan tetap akan meninggalkan kita buat tempoh setahun.


Apa yang perlu sama-sama kita ingatkan antara satu sama lain, ialah kenangan positif yang kita kecap sepanjang berada dalam bulan Ramadan, iaitu bulan yang dipenuhi dengan segala macam keberkatan, rahmat, keampunan Ilahi serta program-program yang dapat membebaskan diri daripada api neraka.


Itulah bulan yang banyak memberi kita peluang untuk mendapatkan rahmat Allah, keampunan-Nya dari segala kesalahan yang telah kita lakukan sebelum ini, memohon kepada-Nya agar diri kita, keluarga serta anak-anak bebas daripada siksaan api neraka.


Masa yang paling sesuai untuk kita lakukan kesemua itu adalah di tengah malam, di ketika ramai manusia sedang seronok tidur dan mungkin juga sebahagian mereka sedang menonton rancangan kesukaan mereka, kerana pada waktu itu suasana hening menyelubungi manusia, justeru waktu itu juga amat berkesan untuk menyatakan rasa hati kepada Maha Pencipta.


Apatah lagi pada malam akhir-akhir di bulan Ramadan, terdapat satu malam yang disebut oleh Allah SWT dengan jelas sebutan namanya yang mulia dalam satu surah yang pendek, malam yang diturunkan padanya kitab suci al-Quran sebagai petunjuk kepada manusia menuju jalan kebenaran dan keselamatan di dunia dan akhirat, iaitulah malam yang sangat dikenali dengan Lailatul Qadr - atau diterjemahkan sebagai malam takdir.


Dalam al-Quran, Allah SWT berfirman yang bermaksud:

Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!

(Al-Qadr 97: 1-5)


Berdasarkan ayat di atas dapat dilihat bahawa malam al-Qadar disebut juga dengan malam yang penuh keberkatan. Sebab pada malam itu Allah mencucuri pelbagai rahmat, keampunan dan keberkatan kepada orang yang beramal dengan khusyuk dan berdoa dengan penuh keikhlasan.


Kepada mereka Allah memberikan ganjaran kebaikan yang sama nilainya dengan beramal seribu bulan. Firman Allah bermaksud: “Malam al-Qadar itu itu lebih baik daripada seribu bulan” (Surah al-Qadr, ayat 3) .




Sebab-sebab Allah adakan Lailatul Qadr

Allah SWT Taala yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang, amat menyayangi hamba-Nya yang taat beribadat kepada-Nya, ia tidak lain adalah untuk menganugerahkan kepadanya pahala-pahal yang banyak, supaya dengannya dia akan dapat masuk syurga.


Terdapat beberapa pandangan ulama yang menyebut bahawa, Allah SWT mempunyai sebab kenapa Dia mengadakan Lailatul Qadr buat umat Nabi Muhammad s.a.w antara lain;


Menurut Imam Malik, Rasulullah melihat bahawa umur umatnya tidak sepanjang umat sebelum mereka, baginda bermohon kepada Allah memberikan peluang di mana umatnya supaya dapat beramal dengan yang nilainya sama dengan amalan umat sebelum mereka.


Sementara Imam al-Qurtubi pula berpendapat, Rasulullah diperlihatkan kepadanya usia umat terdahulu, maka Baginda berasa usia umatnya terlalu pendek hingga tidak mungkin dapat mencapai amal seperti yang diraih oleh umat terdahulu yang usianya panjang. Purata usia umat Muhammad antara 60 hingga 70 tahun menurut maksud satu hadis Rasulullah. Sebab itu Allah menawarkan malam al-Qadar yang mempunyai nilai pahala seribu bulan kepada Rasulullah, para sahabat malah kepada seluruh umat baginda s.a.w.


Justeru, malam al-Qadar adalah satu kurniaan Ilahi yang dianugerahkan oleh Allah kepada Rasulullah dan umatnya sebagai tanda kasih sayang dan rahmat-Nya yang menyeluruh. Amal kebajikan seseorang hamba Allah pada malam itu adalah lebih baik daripada amal kebajikan selama seribu bulan atau menurut ulama sebagai 83 tahun empat bulan.


Dorongan Nabi supaya umatnya terus beribadat pada malam tersebut

Kerana keutamaan ini, Rasulullah menganjurkan umatnya agar mencari dan seterusnya mendapatkan malam al-Qadar yang penuh keberkatan itu. Dalam hal ini, Rasulullah perlu dijadikan ikutan yang menampilkan teladan terpuji dalam menghidupkan malam terakhir Ramadan.


Ini dilakukan dengan melaksanakan iktikaf, membangunkan keluarga agar lebih meningkatkan amalan ibadat pada malam hari dan tidak mendekati isterinya dengan tujuan memperbanyakkan amal ibadat di masjid seperti solat tahajud, Witir, solat Tarawih, membaca dan tadarus al-Quran serta berzikir kepada Allah dan amalan solih lain yang dianjurkan Islam.


Rasulullah sentiasa memanjatkan doa ke hadrat Ilahi. Antara yang sering Baginda baca ialah doa maksudnya:

“Wahai Tuhan kami! Anugerahkanlah kepada kami kebajikan di dunia dan juga kebajikan di akhirat serta peliharakanlah kami daripada seksaan api neraka yang pedih.”


Doa yang dilafazkan itu bukan sekadar satu permohonan untuk memperoleh kebajikan dunia dan akhirat, malah untuk memantapkan langkah dan kesungguhan agar dapat meraih kebajikan yang dijanjikan Allah. Ini kerana doa itu sendiri membawa maksud satu permohonan yang penuh tulus dan pengharapan, di samping disusuli dengan usaha melipatgandakan amal ibadat yang mendekatkan diri kepada Allah.


Selain itu, setiap Muslim dianjurkan bertaubat dan memohon ampun kepada Allah daripada sebarang kesalahan dan dosa selama ini. Setiap manusia tidak terlepas daripada kealpaan dan seterusnya melakukan kesalahan yang dilarang Allah. Dalam hal ini, Rasulullah bersabda maksudnya: Setiap anak Adam tidak akan terlepas daripada melakukan dosa dan sebaik-baik orang daripada kalangan yang berdosa itu ialah yang bertaubat kepada Allah. (Hadis riwayat Tirmizi dan Ibnu Majah)


Berdasarkan permohonan inilah maka Allah menurunkan Lailatul Qadar.


Hikmah dirahsiakan kehadirannya


Sesungguhnya ayat al-Quran yang menceritakan tentang masa berlaku Lailatul Qadr, tidak dijelaskan secara jelas, kerana ia bertujuan agar manusia tidak hanya tertumpu pada satu malam sahaja jika mereka tahu malam tersebut, justeru ia dirahsiakan agar mereka menghidupkan setiap malam terakhir Ramadan dengan amalan-amalan yang pernah dilakukan oleh baginda, para sahabat dan para solihin terdahulu.


Syeikh Muhammad Abduh berpendapat bahawa sebab malam itu diturunkan kepada umat Muhamad kerana Qadar itu bermakna ketentuan atau takdir. Pada malam itu Allah mula mentakdirkan agama-Nya dan memerintahkan nabi-Nya untuk menyeru manusia kepada agama yang melepaskan mereka daripada segala kehancuran dan kerosakan.


Pendapat Syeikh Muhammad Abduh ini berdasarkan kenyataan bahawa al-Quran pertama kali diturunkan pada malam al-Qadar. Turunnya al-Quran pada dasarnya adalah watikah pelantikan Muhammad sebagai nabi dan rasul yang bertanggungjawab menyampaikan risalah Islam. Begitu juga dalam mengubah corak hidup manusia daripada alam jahiliah kepada suasana Islam. Ertinya malam al-Qadar itu adalah malam disyariatkan Islam kepada umat Nabi Muhammad sebagai agama penyelamat untuk seluruh alam.


Ada ulama lain yang menyatakan bahawa penyebab dikatakan dengan malam al-Qadar kerana pada malam itu Allah menetapkan takdir setiap makhluk baik berupa rezeki, umur atau sakit atau sihatnya seseorang untuk jangka masa setahun, iaitu dari malam al-Qadar tahun ini hingga ke malam al-Qadar tahun depan.


Mengenai jatuhnya malam al-Qadar, ulama berbeza pendapat mengenainya. Imam Nawawi berkata bahawa sebahagian ulama menyatakan malam itu bergilir dari tahun ke tahun. Ertinya apabila pada tahun ini berlaku pada malam 29 Ramadan, maka tahun akan datang datang pada malam berbeza.


Hal sama dikatakan oleh Ibn Hazm bahawa Lailatul Qadar itu ada kalanya pada malam 21, 23, 25, 27 atau 29 Ramadan.


Sementara menurut jumhur ulama, Lailatul Qadar berlaku pada malam yang sama pada setiap Ramadan iaitu pada malam 27 Ramadan. Ini berdasarkan hadis Rasulullah daripada Ubai bin Ka’ab yang diriwayatkan oleh Tirmizi dan hadis dari Mu’awiyah yang diriwayatkan Abu Dawud. “Saya mendengar Rasulullah bersabda carilah Lailatul Qadar itu pada malam 27.”


Sebahagian sahabat dan ulama mencuba menentukan Lailatul Qadar dengan cara lain, iaitu menggunakan rumusan tertentu.


Ibnu Abbas berkata bahawa surah al-Qadr itu terdiri daripada 30 kalimah. Kata salamum hiya (selamat sejahteralah malam itu) berada pada kalimah yang ke-27. Oleh itu Ibnu Abbas menyatakan bahawa malam al-Qadar berlaku pada malam ke-27.


Sementara sebahagian ulama menyatakan bahawa kalimat Lailatul Qadr terdiri daripada sembilan huruf. Dalam surah al-Qadr kata-kata Lailatul Qadr itu diulang-ulang sebanyak tiga kali. Maka sembilan darab tiga adalah 27. Maknanya Lailatul Qadar itu berlaku pada malam 27.


Sementara ulama lain seperti Ahmad Marzuk dan Ibnu Arabi berpendapat bahawa Lailatul Qadar itu berlaku pada malam Jumaat ganjil pada 10 malam terakhir Ramadan.


Namun dalil yang paling kuat mengenai Lailatul Qadar adalah hadis daripada Aishah yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari. “Carilah sedaya-upaya kamu Lailatul Qadar itu pada sepuluh malam ganjil pada akhir Ramadan.”


Perbezaan pendapat sahabat dan ulama ini sebenarnya adalah satu kenyataan bahawa tidak ada satu dalil jelas yang menunjukkan bila malam ini berlaku. Tetapi sahabat dan ulama bersepakat dengan hadis Rasulullah yang diriwayatkan oleh Aishah tadi bahawa malam itu berlaku pada sepuluh malam ganjil akhir Ramadan.


Menurut Prof Wahbah al-Zuhayli, sebab dirahsiakan Lailatul Qadar supaya umat Islam sentiasa berusaha beribadah pada setiap malam Ramadan tanpa menumpukan pada satu malam saja. Ini kerana setiap malam pada Ramadan memiliki hikmah dan rahsia tersendiri.


Tanda-tanda berlakunya Lailatul Qadr

Di antara tanda yang sempat terlihat pada masa Nabi s.a.w adalah bahwasanya ketika baginda bersujud di waktu Subuh di atas tanah yang dibasahi dengan air, ertinya bahawa pada malam itu turun hujan sehingga baginda sujud di atas tanah yang berair.


Lailatul Qadr adalah malam dibukanya seluruh pintu kebaikan, didekatkannya para kekasih Allah, didengarkannya permohonan dan dijawabnya segala doa, amal kebaikan pada malam itu ditulis dengan pahala sebesar besarnya, malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Maka hendaknya kita berusaha untuk mencarinya dengan bersungguh-sungguh.


Malam itu tenang dan hening, keadaannya tidak dingin dan tidak panas; siangnya pula memancarkan cahaya matahari yang warnanya pucat; pada malam itu juga malaikat Jibril akan menyelami orang yang beribadat pada malam itu dan secara tiba-tiba kita akan rasa sangat sayu dan kemudiannya menangis teresak-esak.


Ada pendapat yang berkata, bahawa orang yang menemui lailatul qadar akan melihat nur yang terang benderang di segenap tempat hingga keseluruhan ceruk yang gelap gelita.

Ada pula menyatakan bahawa kedengaran ucapan salam dan kata-kata yang lain daripada malaikat.

Ada juga yang melihat segala benda termasuk pohon-pohon kayu rebah sujud.

Ada yang berkata doa permohonannya makbul.


Fokus umat pada malam tersebut

Lailatul Qadr seperti yang dijelaskan di atas, adalah masa yang paling sesuai untuk mengajukan segala permohonan kepada Allah SWT, apa yang perlu dilakukan pada malam tersebut ialah dengan perkara-perkara berikut:

1. Menghayati malam tersebut dengan ibadah

2. Beriman dengan yakin bahawa malam lailatul qadar itu adalah benar dan dituntut menghayatinya dengan amal ibadah.

3. Amal ibadah itu dikerjakan kerana Allah semata-mata dengan mengharapkan rahmat dan keredhaanNya.


Kesimpulan, persoalan bila sebenarnya berlakunya Lailatul Qadr, hanya Allah SWT sahaja yang tahu.


Apa yang telah dinyatakan kepada kita melalui hadis-hadis Nabi s.a.w ialah tanda-tanda dan juga malam-malam yang kemungkinan berlakunya Malam al-Qadr.


Berdasarkan hadis Nabi s.a.w menghidupkan 10 malam terakhir dengan beriktikaf, ramai di kalangan ulama’ cenderung mengatakan bahawa malam tersebut kemungkinan besar akan berlakunya Malam al-Qadr.


Mengenai cerita pelik yang berlaku, usahlah dijadikan pegangan, oleh kerana para sahabat juga mencari Malam Al-Qadr dengan berdasarkan tanda-tanda yang telah Nabi saw ceritakan kepada mereka. Malah, tidak terdapat sebarang periwayatan mengenai apa yang telah dilihat oleh para sahabat. Maka tidak melihat, tidak bermakna tidak mendapat ganjaran Malam al-Qadr!


Fikir masalah umat ketika sedang beritikaf adalah ibadat

Bukan sahaja melakukan ibadat qiyamullail itu dikira sebagai satu amal ibadat yang baik di sisi Allah SWT, malah memikirkan sesuatu khususnya mengenai masalah yang melanda umat Islam hari ini juga dikira sebagai ibadat yang besar, apatah lagi ketika menjalani proses beriktikaf dalam masjid pada malam-malam terakhir Ramadan.


Lebih-lebih lagi masalah umat secara global, sama ada keruntuhan moral, perilaku, akhlak di kalangan remaja lelaki mahupun perempuan, masalah krisis keyakinan terhadap Islam di kalangan mereka yang mempunyai profil tinggi dan lain-lain, kesemua itu dapat ditangani jika masing-masing memainkan peranan sebagai hamba Allah yang mempunyai jati diri sebagai orang yang bertakwa seperti yang dituntut dalam ayat mengenai matlamat pelaksanaan ibadat puasa.


Fadilat Lailatul Qadr

Mungkin terdapat sesetengah orang menyangka bahawa mendirikan Qiyamullail pada disepertiga (1/3) malam iaitu dengan hanya bersolat Tarawih (Qiyam Ramadan) berjemaah pada awal malam, iaitu selepas Solat Ba’diyah Isya’. Apakah orang seperti ini mendapat ganjaran atau pahala seperti mereka yang bersolat di malam Al-Qadr (sekiranya berlaku Lailatul Qadr pada malam tersebut)?


Berkata Muhaddis terkenal, Sheikh Nasyirudin Al-Albani (didalam buku Risalah Qiyam Ramadan) :


“Sebaik-baik malam ialah Malam Al-Qadr, kerana baginda s.a.w bersabda :’Barangsiapa yang berqiyam pada Malam Al-Qadr (berjaya mendapatkannya) dengan keimanan dan pengharapan, telah diampunkan dosa-dosa yang telah lalu’ - [Hadith riwayat kedua Sheikh dari hadith Abu Hurairah, Ahmad 5/318].


Sementara Sheikh Dr Yusuf Al-Qaradhawi menceritakan mengenai syarat beramal pada malam Al-Qadr, katanya :

“Membawa kepada apa yang harus dilakukan oleh seorang Islam pada malam tersebut ialah : bersolat Isya’ berjemaah, Solat subuh berjemaah dan pada malamnya mendirikan qiyamullail.


Di dalam Sahih diriwayatkan bahawa Nabi bersabda :”Barangsiapa yang bersolat Isya’ berjemaah, seolah-olah ia berqiam di separuh malam, dan barangsiapa yang bersolat subuh berjemaah, seolah-olah ia bersolat disepanjang malam tersebut. (Riwayat Ahmad, Muslim dan lafaznya, dari hadis Osman, Sahih Jami’ Saghir - 6341).


Dan tujuannya ialah : Barangsiapa yang bersolat Subuh dengan tambahan-tambahan di dalam waktu Isya’, adalah sebagaimana yang diriwayatkan di dalam Hadis Abu Daud dan Tirmizi :

“Barangsiapa yang solat Isya’ berjemaah bagaikan berqiyam separuh malam, dan barangsiapa bersolat Isya’ dan Fajar bagaikan ia berqiyam sepenuh malam (sumber yang sama - 6342).”


Semoga tahun ini kita mendapat rezeki untuk bertemu dengan Lailatul Qadr, iaitu satu malam yang penuh dengan misteri, supaya pahala amalan kita dilipat gandakan oleh Allah dan dikira sebagai amal-amal yang solih, Insya Allah.



Oleh : Ust Zainudin Hashim

Sumber : Ibnu Abbas Wordpress

Hentikan MENCINTAI sesiapa sebelum kau menguji sikapnya dalam dua keadaan : suka & duka


posted by Khairunnisa on ,

No comments


Sepanjang sejarah manusia,ramai orang membuat banyak kesilapan semasa memilih kawan. Ini lebih-lebih lagi kritikal dalam konteks MEMBERI CINTA semasa memilih pasangan hidup.


Kebanyakan kesilapan berpunca dari "terlalu cepat terpengaruh dengan pelbagai temptasi keindahan berpusatkan penampilan fizikal". Akhirnya keputusan yang dibuat hanya memenuhi selera NAFSU yang berhajatkan kepentingan jangka pendek. Rupa & kecantikan > wang & kekayaan > pangkat,pengaruh & kekuasaan. Akibatnya, harapan sering menyalahi kenyataan.


Sebetulnya,hidup ini sengaja dijadikan indah oleh ALLAH seperti yang dapat kita saksikan dalam firmanNYA yang bermaksud ;


" Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia ; kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu,iaitu perempuan-perempuan & anak-anak ; harta benda yang berpikul-pikul dari emas & perak ; kuda peliharaan yang beretenda lagi terlatih ; dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup didunia. Dan ingatlah pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baik ( iaitu Syurga )" al-imran ;14


renung-renungkan sahabatku..



http://almusafirah.blog.friendster.com/

Syukran sahabatku :)


posted by Khairunnisa on

1 comment


Semalam, sahabat ku si Izza menghantar email kad raya..wah awalnya za..pape pun..syukran aku ucapkan melalui blog ku ini..huhu apapun..kita sama-sama raya di perantauan walaupun antara Kelantan dan Tawau itu cuma dipisahkan dengan laut China Selatan, apalah sangat jika di bandingkan dengan tempat sahabatku IZZA ini yang belajar di JORDON sekarang. Berjuta-juta batu jauhnya dari Tawau. Alhamdulillah, demi Ilmu ALLAH. :) Ni perkongsian luahan rasa..gali maknanya :)





~Uhibbuki fillah~




~Luahan Rasa
Khairunnisa,
12.00 am
APIUM
http://qalamhazin.blogspot.com/

NISA SHOP ?


posted by Khairunnisa on

1 comment


Dear my readers yg dirahmati Allah,

Assalamualaikum... Alhamdulillah, akhirnya...blogshop impian aku dah siap di buat. InsyaAllah buat menjana ekonomi da'wah Islam masa akan datang..kadang-kadang rasa takut juga. Bukan takut apa, takut lalai dan lupa niat asal. Aku takut memikirkan untung untuk diri sendiri (naudzubillah).


Aku teringat Saudara Dzulkhairi pernah melakarkan rasa hatinya dalam blog beliau tentang perjalanannya yang menelan beribu ringgit. Dan aku terimbas kembali kata-kata Ustazah Sakinah tak silap aku, " Dalam berdakwah memang memerlukan DUIT, tapi bukan untuk MEMBUAT DUIT ". Di situ ada dua kata yang amat berbeza. Antara PERLU DUIT dan BUAT DUIT. Aku rasa semua dah faham. Moga Allah membantu menyedarkan diri ini andai lupa suatu hari nanti.


Jadi, kepada readers yang berminat, silalah berkunjung ke blogshop aku yang sederhana itu di weblog www.shopwithnisa.blogspot.com . Moga Allah meredhai kamu, diriku dan apa yang sedang aku cuba laksanakan ini. Ameen


Suka aku nak mengingatkan sesama kita bahawa 10 malam terakhir RAMADHAN itu hampir tiba. Sama-sama kita muhasabah diri apa yang perlu kita lakukan. Moga RAMADHAN kita kali ini tidak sia-sia. InsyaAllah...Ameen..





Perindu Ramadhan,
Khairunnisa,
2.00 am
18 September 08
APIUM
http://qalamhazin.blogspot.com



Mereka memeilih ISLAM..alhamdulillah


posted by Khairunnisa on

No comments

Diedit untuk mindasuper.com oleh Dr. Danial Zainal Abidin.


Kisah-kisah pengislaman Dr. Murad Hofmann (Roman Katolik, Pakar Undang-undang, Diplomat) / Dileep Kumar (Hindu, Tokoh Muzik Bollywood) / Dr. Ingrid Mattson (Roman Katolik, Pakar Pengajian Islam) / Jang (dari Negara China)



Dr. Murah Hofmann (Roman Katolik, Pakar Undang-undang dan Diplomat)


Dr. Murad Hofmann dilahirkan pada tahun 1931 dalam sebuah keluarga Roman Katolik. Beliau memperoleh ijazah pertamanya di Union College New York dan Dr. Murad Hofmannijazah PhD dalam bidang perundangan di Munich University pada tahun 1957. Pada tahun 1960 beliau memperoleh pula ijazah LL.M. dari Harvard Law School. Beliau dilantik menjadi Pengarah Penerangan bagi NATO di Brussels dari tahun 1983 hingga 1987. Pada tahun 1987 beliau dilantik menjadi Duta Jerman ke Algeria dan pada tahun 1990 pula menjadi Duta ke Morocco

Dr. Murad Hofmann memeluk Islam berdasarkan beberapa pengalaman dan pengamatan. Antara sebabnya ialah pengalaman beliau di Algeria di saat berlakunya pertembungan antara tentera Perancis dengan kumpulan gerila dari kumpulan Algerian National Front.yang menuntut kemerdekaan bagi Algeria. Beliau melihat penderitaan yang dialami umat Islam yang memperjuangkan kemerdekaan ini serta kesabaran yang mereka miliki. Beliau meyakini kesemuanya terhasil kesan dari ajaran Islam yang mulia. Bermula tarikh itu Dr. Murad mula mengkaji al-Quran tanpa henti.

Sebab kedua beliau memeluk Islam ialah kefahaman beliau yang mendalam tentang ajaran Kristian. Beliau mendapati terdapat perbezaan yang besar antara apa yang dipercayai oleh orang Kristian awam dengan apa yang diajar oleh profesor agama Kristian di universiti. Beliau tidak boleh menerima ajaran St. Paul yang amat berbeza dengan ajaran nabi Isa yang asal sedangkan, kata belilau, “St. Paul tidak pernah bertemu nabi Isa maka bagaimana dia berani mengubah ajaran nabi Isa?”

Di samping itu beliau juga tidak boleh menerima hakikat bahawa setiap orang dilahirkan dalam keadaan berdosa, seperti yang terkandung dalam konsep Original Sin dalam ajaran Kristian, dan nabi Isa perlu mati kerana dosa-dosa itu. Beliau berasa pelik tentang mengapa ‘Anak Tuhan’ perlu disalib dengan kejam untuk membersihkan manusia daripada dosa yang mereka sendiri lakukan.

Pada tahun 1980 beliau memeluk Islam. Beliau berkata, “Seorang Muslim hidup tanpa pemujaan kepada makhluk. Dia tidak menyembah Tuhan dengan perantaraan Jesus, Mary atau wali-wali tertentu, sebaliknya dia menyembah Tuhan secara langsung. Justeru seorang Muslim merupakan seorang yang merdeka dalam erti kata yang sebenarnya.”

Rujukan: http://www.islamreligion.com/articles/124/


Dileep Kumar (Agama Hindu, Tokoh Muzik Bollywood)


Dileep Kumar dilahirkan pada tahun 1966 di Madras, India. Beliau adalah penganut agama Hindu dan memperoleh ijazah dalam bidang Western Classical Dileep KumarMusic dari Trinity College of Music, Oxford University. Beliau amat popular di India melalui muzik ciptaannya yang merevolusikan muzik Bollywood di India. Semuanya bermula pada tahun 1992 apabila beliau diberikan kepercayaan untuk mencipta muzik dan lagu bagi filem Roja. Beliau berjaya menyerlahkan bakatnya sehinggakan lagu Tamizha Tamizha dalam filem ini menjadi pujaan ramai. Kebolehan beliau memang mengagumkan kerana beliau berjaya menggabungkan unsur-unsur pop, Bach, Beethoven, Mozart, reggae, rock serta muzik Hindu klasik dalam muziknya. Kerana kehebatannya itu beliau menggondol anugerah sebagai Pengarah Muzik Terbaik sebanyak tiga kali.

Pada tahun 1988 Dileep Kumar mengalami satu pengalaman yang pelik, iaitu, ketika berada di Malaysia beliau bermimpi menemui seorang lelaki tua yang menyuruhnya memeluk Islam. Beliau pada mulanya tidak mempedulikan mimpi itu namun apabila, selepas itu, mimpi yang serupa datang berulang-ulang kali dalam tidurnya, beliau mula memandang serius terhadapnya. Minatnya terhadap Islam terus meningkat dan kemuncaknya ialah ketika salah seorang adik perempuannya mengalami sakit tenat pada tahun 1988. Rawatan demi rawatan tidak berjaya menyembuhkan penyakit adiknya sehinggalah mereka bertemu dengan seorang tokoh agama Islam. Secara yang tidak diduga, penyakit adiknya sembuh selepas tokoh agama itu berdoa kepada Allah. Pada tahun 1989 Dileep Kumar dan keluarganya memeluk agama Islam dan beliau menukar namanya kepada Allah Rakha Rahman.

Antara pengalaman yang tidak boleh beliau lupakan ialah pada tanggal 6 Januari 2006 yang merupakan tarikh hari jadinya. Ketika itu beliau berada di Masjid nabi di Madinah. Beliau berkata, “Itulah hadiah hari jadi saya yang paling berharga. Selama sehari suntuk saya beribadah di dalam Masjid Nabi dan apa yang saya rasai tidak ada tolok bandingannya. Saya bersyukur dan berterima kasih kepada Allah.”

Rujukan: http://www.arabnews.com/?page=1&section=0&article=76202&d=13&m=1&y=2006&pix=kingdom.jpg&category=Kingdom


Dr. Ingrid Mattson (Roman Katolik dari Kanada)


Dr. Ingrid Mattson berasal dari Kanada. Beliau mendapat ijazah dalam bidang falsafah di University of Waterloo, Ontario, pada tahun 1987. Pada asalnya beliau Dr. Ingrid Mattsonmenganuti agama Kristian Roman Katolik namun disebabkan beliau tidak berasa damai dan tidak berasa dekat dengan Tuhan beliau terus mengkaji demi mencari kebenaran hakiki. Pencariannya membawanya kepada Islam dan ketika berumur 23 tahun beliau memeluk Islam. Solatnya yang pertama begitu bermakna baginya kerana ketika itulah, buat pertama kalinya, beliau berasa begitu dekat dengan Tuhan.

Pada tahun 1999 beliau memperoleh ijazah PhD dari University of Chicago dalam bidang Pengajian Islam. Pengalaman beliau merangsangnya untuk menulis pelbagai artikel bertujuan untuk membetulkan tanggapan negatif sebahagian masyarakat antarabangsa terhadap Islam. Artikel-artikel tulisan beliau banyak memfokuskan kepada aspek undang-undang Islam dan kerelevanannya dengan masyarakat sekarang, isu berkaitan gender dan kepimpinan serta isu-isu semasa yang melanda umat Islam masa kini. Di samping itu beliau sering di undang untuk bercakap di TV serta forum-forum antarabangsa berkaitan isu yang melanda umat dan agama Islam.

Pada hari ini Dr. Ingrid Mattson merupakan Pengarah kepada projek yang dikenali sebagai Islamic Chaplaincy. Beliau juga adalah Profesor di Macdonald Center for Islamic Studies and Christian-Muslim Relations di Hartford Seminary, Hartford, CT. Pada tahun 2006 beliau dilantik menjadi Presiden kepada Pertubuhan Islam Amerika Utara (ISNA).

Rujukan: http://macdonald.hartsem.edu/mattson.htm


Jang (Bangsa China)


Jang berasal dari negara China. Beliau menceritakan kepada staf IslamOnline bahawa perjalanannya kepada Islam bermula dengan isu pengharaman khinzir Jang(babi). Beliau berasa pelik mengapa Islam mengharamkan babi lantas beliau membuat kajian tentangnya dengan membaca beberapa majalah perubatan moden dan perubatan China tradisional. Beliau mendapati beberapa saintis mengatakan daging babi menyebabkan tidak kurang daripada 70 penyakit. Malah perubatan China tradisional juga membuat konklusi yang lebih kurang sama dengan mengatakan bahawa daging khinzir adalah antara makanan yang amat berbahaya bagi kesihatan manusia.

Selepas memeluk Islam Jang memilih nama Selim sebagai nama Islamnya sekali gus mengikut jejak langkah lebih kurang 30 juta Muslim yang terdapat di negara China pada hari ini.

http://www.islamonline.net/servlet/Satellite?c=Article_C&cid=1201958071962&pagename=Zone-English-News/NWELayout.


:: Check OUT ..check LIST.. ::


posted by Khairunnisa on

No comments

oleh : Abul Harith di Fiqh Medic

Perkara-perkara yang Membatalkan Puasa


1) Makan dan minum dengan sengaja. Jika terlupa atau tersalah atau dipaksa, tidak batal puasanya.


2) Muntah dengan sengaja, seperti menjolok jarinya ke tekak untuk mengeluarkan sesuatu. Jika termuntah, tidak batal puasanya.


3) Keluar haid atau nifas atau melahirkan anak, walaupun sebentar sebelum terbenam matahari.


4) Onani (mengeluarkan mani dengan sengaja) sama ada dengan tangannya, atau isterinya, atau orang lain, atau memeluk isterinya dengan syahwat. Jika keluar mani hanya kerana terpandang atau terfikir sesuatu yang mengghairahkan, maka hukumnya sama dengan mimpi basah di siang hari, i.e. tidak batal puasanya dan tidak wajib qadak. Begitu juga dengan keluar air mazi, tidak batal puasanya.


5) Memasukkan sesuatu ke dalam perut melalui rongga yang terbuka. Tidak batal memasukkan sesuatu ke dalam perut melalui rongga yg tertutup seperti mata (memakai celak atau menitik ubat pada mata) dan sebagainya. Tidak batal juga memasukkan sesuatu melalui rongga terbuka jika tidak sampai ke dalam perut, seperti mengorek hidung atau mengorek telinga atau menitik ubat telinga.


6) Berniat untuk berbuka puasa, walaupun tidak makan apa-apa.


7) Makan, minum atau berjimak kerana menyangka bahawa telah terbenam matahari (masuk waktu Maghrib), tetapi sebenarnya belum. Atau belum terbit matahari (masuk waktu Subuh), tetapi sebenarnya sudah. Ini adalah pandangan jumhur.


8) Berjimak dengan sengaja.


9) Murtad.


10) Gila, walaupun sebentar.


11) Makan atau minum ketika azan subuh dilaungkan. Ramai menyangka masih boleh makan dan minum ketika azan dilaungkan sehinggalah tamat azan. Ini adalah pandangan yang salah, kerana muazzin tidak disyariatkan untuk azan sehinggalah terbit fajar. Sesiapa yang meneruskan makan atau minum selepas muazzin mula melaungkan azan, maka batal puasanya dan wajib qadak.



Perkara-perkara yang TIDAK Membatalkan Puasa


1) Mandi atau membasahkan kepala untuk menyegarkan badan atau menghilangkan kepanasan dan dahaga. Jika tertelan air secara tidak sengaja, tidak batal puasanya.


2) Memakai celak, walaupun celak tersebut memasuki matanya, kerana mata bukan rongga terbuka yg menyampaikan bahan tersebut ke dalam perut.


3) Berkucupan sesama suami isteri, jika masih boleh mengawal diri daripada melakukan jimak.


4) Semua jenis suntikan, sama ada IV atau IM, kecuali Parenteral Nutrition (Fluid therapy)


5) Berbekam.


6) Berkumur-kumur dan memasukkan air melalui hidung ketika berwudhuk. Tetapi makruh jika dilakukan secara berlebih-lebihan.


7) Merasa makanan ketika memasak atau ketika ingin membeli makanan tersebut, selagi mana makanan tersebut tidak sampai ke halkum.


8) Menghidu bau-bauan.


9) Makan, minum atau berjimak pada malam hari sehinggalah terbit fajar (masuk waktu Subuh). Jika di dalam mulutnya terdapat makanan ketika azan subuh mula dilaungkan, wajib baginya mengeluarkan kembali makanan tersebut. Jika sengaja menelannya, maka batal puasanya. Begitu juga dengan jimak. Wajib berhenti ketika azan subuh mula dilaungkan. Jika dia menyambungnya, batal puasanya.


10) Bangun pagi dalam keadaan berjunub (hadas besar).


11) Menelan air liur yg bersih dan tidak bercapur dengan bahan lain, dengan syarat air liur tersebut masih berada di dalam kawasan tubuh badannya. Jika dikumpul di dalam bekas lalu diminumnya, batal puasanya.


12) Menggosok gigi. Harus melakukannya pada setiap waktu ketika berpuasa. Mengenai pendapat yang memakruhkan menggosok gigi selepas gelincir matahari, hadis tersebut sangatlah lemah (dhaif jiddan).


13) Tablet nitroglycerin dan yang seumpama dengannya yang diletakkan di bawah lidah (sublingual) . Biasanya digunakan untuk merawat sakit jantung.


14) Semua bentuk rawatan yang melibatkan kemasukan benda atau ubat ke dalam faraj seperti vaginal suppository, pencucian (doush), vaginoscope atau tangan doktor yang memeriksa pesakit (digital examination) .


15) Semua bentuk tiub atau bahan yang dimasukkan ke dalam badan melalui saluran kencing seperti urethroscope, barium, pencuci urethra.


16) Tampal gigi atau cuci gigi selagi mana tidak masuk ke dalam halkum (ditelan).


17) Pendermaan darah atau menerima darah.


18) Bantuan oksigen atau gas pelali (anesthetic gases).


19) Semua jenis krim atau minyak yang disapu pada kulit walaupun dibekalkan dengan bahan kimia yang terserap ke dalam kulit.


20) Ambil darah untuk ujian makmal.


21) Semua jenis salur yang dimasukan ke dalam salur darah untuk tujuan x-ray pada jantung atau mana-mana pada anggota badan (catheterization)


22) Laparoscope yang dimasukan ke dalam abdomen untuk tujuan pembedahan.


23) Semua jenis ubat kumur, seperti mouth-rinsing gargle, penyembur mulut selagi mana tidak masuk ke dalam halkum.


24) Uteroscope atau IUCD (pencegah hamil) yang dimasukan ke dalam rahim.


25) Sampel organ yang diambil dari badan seperti hati atau dari mana-mana anggota badan (biopsy).


26) Ubat asthma (inhaler).


27) Semua jenis ubat yang dimasukan melalui anus (dubur).


28) Pembedahan yang menggunakan pelali seluruh badan (general anesthesia) yang dijalankan pada siang hari setelah pesakit mula berpuasa sejak malam sebelum pembedahan.


29) Suntikan untuk merawat sakit buah pinggang melalui artificial kidney (dialysis) samada peritoneal atau hemodialysis


30) Memasukkan gastroscope ke dalam perut dengan syarat tiada sebarang cecair atau apa-apa bahan rawatan disalurkan.



Rujukan:

  • Fiqh As-Sunnah, Sayyid Sabiq
  • At-Taqriirat As-Sadiidah Fi Al-Masaili Al-Mufidah
  • Ibadah Pesakit Terbitan PERUBATAN Mesir

mamam...mamam ..


posted by Khairunnisa on

Comments Off

pakcik kedai Adam & Hawa pun menjual, dan...ramai pelanggan pakcik ni..kalah restaurant yang lama dah menjual yang bejiran dgn Adam & Hawa..huhu

ni pakcik yang jual air Yogurt (hand made) tapi..sodaaaap owh...tau tak, pakcik ni graduate Universiti Al-Azhar tau..bhg Lughah tak silap..sekarang dia dah pencen mengajar..ramai juga nak dia jadi guru tusyen, pernah dah dia jadi guru tusyen, tapi tak larat dah..so, dia buka perniagaan..

air kelapa dan air cincau kat gerai bersebelahan dgn Adam & Hawa ni sodaaaap tul..hari2 rasa cam nak beli je air kelapa situ..tapi, budak2 MUROBBI dah sediakan air free kat asrama huhu

ni la wajah terbaru Gerai Makan Abe Mat or gelaran budak2 AMK ni Gerai Zaid kecik..dsign baru x de dinding..tapi ok la...nmpak luas dan bersih..yg ni pic gerai orang tumpang utk jual kueh mueh dan air soya dan air tebu...murahhh..huhu

ni la suasana Ramadhan di tempat ku..huhu rndu kat Bazaar di Tawau..saja je buat cerita ni..xde ide huhu

Untuk readers yang berpuasa di perantauan


posted by Khairunnisa on

No comments


Assalamualaikum to my readers,

Kepada yang ada di perantauan tu, kalau tak sempat nak ucap SELAMAT BERPUASA or SELAMAT HARI RAYA kepada keluarga tersayang dan sahabat handai di tanah air ni, bolehlah menghantar ucapan melalui laman web khas Berita Harian di web Salam Aidilfitri. Kalu yang dok Kelate cam aku nih, even tak balik raya di TAWAU..rasanya tak sesuai nak hantar ucapan raya kat surat khabar...femes pulak aku balik kampung PAPAR nanti masa raya Haji ..sepa dak kenal..hihi


Best nampak student-student kita even di luar negara tapi masih menggunakan baju kurung dan bertudung litup. Aku tabik la dengan muslimah-muslimah kita ni. Alhamdulillah. Begitu juga dengan student lelaki, ada yang masih tak lupa memakai baju melayu. :) TAHNIAH dari MAHASISWI APIUM,Nilampuri. ;)

Ni salah satu gampar kegemaran aku. Comel kan? hihi walau jauh beribu juta dari Malaysia, jauh juga beribu juta dalam hati mereka amat rindukan tanah air tempat tumpah darah kita sini. Bersabarlah...tegakkan ISLAM walau di mana anda berada.

ISLAM itu bukan berada pada baju kurung sahaja, tapi meliputi seluruh kehidupan kita. Jadi, biar orang bukan ISLAM terutama yang berjiran dengan orang bukan ISLAM di luar sana lihat cara hidup ISLAM yang sebenar. Jangan kita cemari ISLAM itu dengan tangan kita sendiri.

Mari duduk sebentar dan fikir-fikir kan (daripada termenung jauh... :) )


Perindu Ramadhan,
Khairunnisa,
12.00 pm
13 September 08
APIUM
http://qalamhazin.blogspot.com

Alahai BLOGGER....


posted by Khairunnisa on

1 comment

Tiga ditahan ISA

Oleh Jalal Ali Abdul Rahim, Fazallah Pit, Norakmah Mat Youb, Ifwan Tun Tuah dan Rudy Syareme Sheriffudin
bhnews@bharian.com.my


DARI kiri, Raja Petra Kamaruddin, Teresa Kok dan Tan Hoon Cheng

Penahanan mereka kerana bangkitkan isu perkauman

KUALA LUMPUR: Dua hari selepas memberi amaran akan menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) terhadap pihak yang membangkitkan isu sensitif dan perkauman, kerajaan semalam melancarkan gerakan dengan menahan tiga individu.

Mereka yang ditahan ialah penulis blog, Raja Petra Kamaruddin; Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok dan wartawan Sin Chew Daily, Tan Hoon Cheng.

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar yang dihubungi lewat malam tadi mengesahkan penahanan ketiga-tiga mereka dibuat mengikut Seksyen 73 (1) ISA 1960 yang membolehkan mereka ditahan sehingga 60 hari.

Raja Petra, 58, ditahan sepasukan 10 anggota polis Bukit Aman diketuai Asisten Komisioner Md Yusof Che Me di rumahnya di Bukit Rahman Putra, Sungai Buloh dekat sini, kira-kira jam 1.10 petang.

Tan, 33, ditahan di rumahnya di Alma, Bukit Mertajam kira-kira jam 8.30 malam, sebelum dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang, manakala Teresa Kok yang juga Exco Kerajaan Negeri Selangor, ditahan di sini jam 11.20 malam tadi.

Ketiga-tiga mereka ditahan kerana mengancam keamanan, ketenteraman awam, menimbulkan isu berbaur perkauman dan kebencian rakyat, termasuk di kalangan umat Islam negara ini.

Dalam masa sama, Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada tiga akhbar tempatan, The Sun, Sin Chew Daily dan Suara Keadilan, berhubung laporan mereka yang menyentuh perkembangan politik semasa.

Setiausaha Unit Kawalan Penerbitan dan Teks al-Quran KDN, Che Din Yusof, berkata surat tunjuk sebab dikeluarkan kepada The Sun kerana akhbar itu didakwa memanipulasi dan memainkan banyak isu sensitif; Sin Chew Daily pula kerana melaporkan kontroversi kenyataan berbaur perkauman membabitkan Ketua Umno Bahagian Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail, manakala Suara Keadilan melaporkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan lumpuh selepas menjalani pembedahan pintasan jantung.

Ketiga-tiga akhbar itu diberi masa seminggu untuk menjawabnya.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar, mengesahkan penahanan Raja Petra dibuat selepas tindakannya menyiarkan artikel tertentu di laman web Malaysia Today, diyakini boleh menjejaskan keamanan dan ketenteraman awam.

Beliau menjelaskan penahanan Raja Petra mengikut Seksyen 73(1) ISA itu diputuskan polis berdasarkan bidang kuasa mereka, tanpa memerlukan tandatangannya. "Tindakan Raja Petra boleh menimbulkan kebencian dan pertelingkahan rakyat. Polis sudah memberi amaran dan nasihat kepadanya tetapi tidak dihiraukan.

"Jika polis berasa perlu menahannya lebih 60 hari, mereka akan rujuk kepada saya mengikut Seksyen 8 ISA yang membolehkannya ditahan sehingga dua tahun," katanya.

Penahanannya dikatakan berkaitan dua ulasan artikelnya bertajuk "I promise to be a good, non-hypocritical Muslim" yang menggunakan ayat-ayat yang menghina orang Islam selain membenarkan ulasan yang menghina Islam dan Nabi Muhammad SAW untuk artikel 'Not all Arabs are descendants of the Prophets' yang disiarkan dalam laman web Malaysia Today.

Pada 6 September lalu, Syed Hamid memberi amaran Raja Petra mungkin dikenakan tindakan mengikut ISA kerana penyiaran artikel dan komen itu.

Sehari sebelum itu, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (Maiwp) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) membuat laporan polis terhadap Raja Petra berhubung penyiaran artikel sama.

Ini kali kedua Raja Petra ditahan mengikut ISA. Kali pertama dia ditahan mengikut akta sama pada 11 April 2001 kerana terbabit dalam gerakan reformasi dan mengendalikan laman web FreeAnwar.com.

Tan ditahan kerana menulis laporan ucapan berbaur perkauman yang mengaitkan Ahmad.

Ahmad yang turut diuar-uarkan akan ditahan polis mengikut akta sama, pula ketika dihubungi malam tadi, enggan memberi sebarang ulasan tapi mengesahkan beliau tidak ditahan.

Lebih 50 orang termasuk wartawan dan pemimpin politik serta aktivis masyarakat berkumpul di pintu depan IPK Pulau Pinang dan sekitar 30 lagi di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Prai Tengah (SPT), sehingga awal pagi tadi.

Antaranya, Setiausaha Agung Gerakan, Datuk Seri Chia Kwang Chye; Naib Presiden Gerakan, Datuk Teng Hock Nan; bekas Ahli Mesyuarat Kerajaan Pulau Pinang, Teng Cheng Yeow dan bekas Ahli Dewan Undangan Machang Bubuk, Toh Kin Woon.

Syed Hamid berkata penahanan wartawan itu terpaksa dilakukan kerana laporannya menimbulkan masalah dan perpecahan dalam masyarakat.

Setiausaha Agung Kesatuan Kebangsaan Wartawan Malaysia (NUJ), Hong Boon How, menyifatkan penangkapan wartawan itu sebagai tindakan keterlaluan polis.

Sementara itu, penahanan Teresa Kok dikaitkan dengan isu melarang azan dilaungkan di masjid dan surau di sekitar Kota Damansara, Sri Serdang dan Puchong Jaya serta menggantikan tulisan jawi pada papan tanda nama jalan dengan tulis Tamil, Cina dan Inggeris.

:: Iklan ::


posted by Khairunnisa

1 comment

Dear readers, Assalamualaikum dan Salam Ramadhan

Ni aku nak kongsi sikit ilmu bab internet nih.. :) x-posantai yang promote camna nak tukar logo Google Search, guna dengan sebaiknya k ?


STEP:

1) Please log on funny logo
2) Then fill your name that you want.
3) Choose a style.
4) Click create my own seacrh engine.
5) Copy the url and put as your homepage. [tools] > [option]
6) Finish.

It is very easy!

AWARD for me??


posted by Khairunnisa on

No comments


Salam Ramadhan to all readers,

Syukran to Nurul Falah for this tags/award. Hihi aku tak tau pula blog ni "BEST" tang mana..apapun aku gembira kalau ada readers yang sudi membaca..alhamdulillah..

So, ni nak kena bagi orang lain ke jugak?? hihi aku ni baru 1st dapat award maya ni..macam menang award TV3 la pulak..cewah..so nnt la yah..

To readers yang di rahmati Allah,

semoga baki-baki Ramadhan yang tinggal SEPARUH RAMADHAN nih..tolonglah alert dengan saat-saat kita yang sedang berlalu..Ramadhan hanya sekali dalam setahun..kita dapat sampai ke separuh Ramadhan neyh alhamdulillah..yang separuh lagi tu InsyaAllah..kalau boleh, full kan reminder kat hp tu ttg Ramadhan..apa yang kita belum lagi lakukan..

Aku kadang-kadang cemburu melihat kelapangan sahabat yang lain dalam marathon Quran. Kalau boleh, sambil-sambil baca tuh, belek-belek la juga maksud ayat tu. Tak guna kita baca dan khatam 100 kali tapi tujuan sebenar Quran di turunkan itu tak tercapai. Aku rasa semua dah maklum kan. So, ni untuk reminder diri sendiri dan kepada readers yang di sayangi Allah sekalian.


Perindu Ramadhan,
Khairunnisa,
12.00 pm
12 September 08
APIUM
http://qalamhazin.blogspot.com

:: Jejak KEMBARA MAHASISWA 08 ::


posted by Khairunnisa on

No comments


Click here to visit our new blog of My Apium Nilampuri.

Khairunnisa,
Apiumnp...
Ramadhan Kareem :)

Nak ke??


posted by Khairunnisa on ,

1 comment


Ehem..Assalamualaikum
..hihi

Ni gambar biskut raya yang sahabat ku minta tolong amik kan tadi. Mungkin dia mau promote kat asrama ni.. ni saja saja je tayang kat sini..hihi manatau ade yang berminat hihi

Tapi..terbuka untuk rakyat Kelate saja deh.. kang hancur pula kalu orang KL nak pos..kalu nak..,
email kat qalam_hazin@yahoo.com , sertakan alamat, no. hp , code biskut (contoh B1) dan kuantiti deh.

Nanti before raya kite bagi k. hihi


Renungan


hihi raya lama lagi..tapi kuih dah promote..

apa kata kita promote jom beriktikaf di masjid pada 10 Malam Terakhir nanti..

haa..jangan lupa..reminder kat diri kita..RAMADHAN hanya sekali dalam setahun..

bukan dua....or tiga...

so hargailah ia sebaiknya..jangan ditangisi RAMADHAN yang berlalu pergi..

tapi SEMPURNAKAN saat-saat yang mengetuk hayatmu dalam RAMADHAN ini..


Perindu Ramadhan,
Khairunnisa,
12.00 am
8 September 08
APIUM
http://qalamhazin.blogspot.com

Bengkel Komputer K.A.M.I


posted by Khairunnisa on ,

1 comment




Dalam beberapa hari ni, kami (ahli BITAN MPP dan AJK) berhempas pulas menyiapkan persiapan Bengkel ni. Memang tak cukup tidur la katakan.

Selepas Solat Sunat Terawih tadi, kami install kan software yang berkenaan dalam semua laptop peserta untuk memudahkan pembelajaran esok hari. Aku tak pasti berapa puluh laptop tadi. Sebab, rata-rata ramai yang tak memiliki software yang berkenaan.

Selesai saja install software, jam1 pagi kitorang tengah burn CD Software untuk peserta. Hari ni burn dalam under 100 keping. Semalam pun dalam under 100 keping CD juga. Malam ni kami guna 7 Laptop untuk burn software untuk hampir 200 CD. Tenaga pengajar (kami juga) memang menahan mata untuk burn.

Sementara menunggu CD ni siap di burn. Aku pun amik sedikit masa untuk mencoretkan pengalaman untuk dikongsikan sambil di temani alunan lagu padang pasir Amr-Diab.

Dalam mem"burn" ni memang menguji kesabaran tul. Sebab kadang-kadang kita tengah copy auto tu dalam 87% dah tetiba abort dan failed. Nak kata geram, tak tau nak geram yang mana satu. So..urut kepala la nampaknya.

Apapun..esok ada kuliah lagi. So, bengkel mula jam8 pg. Aku di tugaskan jam10 after kuliah Nahu ku (kelas ganti). Kiranya, aku mengajar peserta yang after kuliah punya peserta (kelas ganti juga).

Walau apapun, sebenarnya aku pening juga. Kalau setakat ajar Cyberlink tu ok lagi. Tapi, kena ajar cara FORMAT Laptop pula ni aku pening. Kami da di ajar caranya cuma... praktikal tu lom gi. Tapi, di kalangan kami ni alhamdulillah, memang ada le pandai format-format ni. Aku ingat lagi, sem lalu kami buka bengkel Adobe Photoshop. Baru ajar BASIC, dah peserta macam-macam tanya. Apatah lagi nak format laptop. Wah...mencabar sungguh. :)



Insya-Allah..ilmu ALLAH itu luas. Jadi..kenal lah kongsi-kongsi. Kena sampaikan walau satu ayat. Betapa indahnya ISLAM :)

Ular yang KAWAIE (cute) di 1 Ramadhan ~


posted by Khairunnisa on

5 comments


perasan tak??

Peristiwa 1 RAMADHAN

Kuliah bermula jam9 am. Seperti biasa, hanya berjalan kaki ke bilik kuliah. Bukannya jauh pun. hihi.. Apa yang ku senang sangat pagi itu ialah cuaca yang sangat mendamaikan. Tidak seperti hari-hari yang lalu. Mendung tapi bukan petanda hujan. Udara segar. Terasa terpujuk hati ini untuk tenang. Seolah-olah telah Lailatul Qadr semalam. Sebab, hari-hari sebelum ini cuaca jam 9 am belum ada awan yang membayangi kami dari cahaya Matahari. Tapi pagi ni, sedikit berbeza. Terasa seolah-olah dunia menyambut pagi Ramadhan yang penuh barakah. Cahaya Matahari yang lembut dapat di rasa pada jam11 am yang biasanya dah panas terik.

Rasa sangat nyaman...

Jam11 am, kami berpindah bilik kuliah ke BK 14. Tingkat atas sekali. Seperti biasa, aku suka duduk depan. Tak kira lah tengah mengantuk ke segar ke. Hantam saja. Aku memang suka terus terang kalau aku dah mengantuk. Ha...siaplah kena dengan pensyarah. Hihi.. Tengah sibuk-sibuk atur kerusi nak duduk depan. Tiba-tiba, aku mendongak ke air-cond. Wo..apa benda cam tali melingkar di tingkap air-cond tuh. Macam hos air warna hijau pulak tu.

"Eh Nasibah...cuba ko tengok, apa "bah" tu yang "melekat" di air-cond tu..pelik "jak" ku tengok"..aku memulakan bicara dengan Nasibah, anak jati Kelantan, tapi aku hantam cakap Sabah dengan dia. Dia faham jugak tu hihi.. Tetiba kawan-kawan yang lain pun sibuk tengok..Tetiba (lagi sekali) "Eiiiiiiiiiiiiiiiii...ULAR bah tu Kak Dayang" Fatin menjerit kat aku. Semua pun "Aaaaaaa...Eeiiiii" waduh...gamat kelas tu.

Ler...Ular rupanya..aku tak perasan pun kepala Ular tu yang landing di situ. Kecil je kepala dia..ingatkan hos air. Aku pun sempat buat "peace" lagi dengan ular tu. Gembira ku dapat jumpa Ular hihi. Orang lain sibuk lari, aku pulak buat hal pi amik gambar Ular tu. Kenangan bah..hihi ..Apa lagi, semua siswi pindah kedudukan sebelah tempat siswa selalu duduk. Kesian siswa terpaksa duduk di kedudukan siswi. Tapi diorang duduk jauh dari air-cond tu..ye lah..tetiba jatuh pulak Ular tu kat atas kepala..kan buat al pulak lagi nanti. Hihi.

So, apa yang kamu dapat melalui kisah ni?

1. Ular juga makhluk Allah yang selalu berzikir memuji-Nya.

2. Berhati-hati dengan binatang yan berbisa. Kerna "mereka" telah di kurniakan bisa yang boleh membawa maut kalau di ganggu.

3. Jangan hanya tahu pandang tanpa perasaan dengan binatang yang berbisa seperti Ular . Hadirkan dalam diri rasa kagum dengan kebesaran Allah yang menciptakan segala jenis makhluk yang unik.

4. Binatang seperti Ular memang banyak berzikir memuji Allah dari manusia. Tapi ingat, "AKU (Allah) telah memilih kamu (sebagai) KHALIFAH di dalamnya (bumi), maka AKU akan melihat bagaimana kamu beramal".



Perindu Ramadhan,
Khairunnisa,
12.00 am
1 September 08
APIUM
http://qalamhazin.blogspot.com

About

Blog Widget by LinkWithin