Journey to Lata Tembakah, Terengganu > Episod II


posted by Khairunnisa on ,

3 comments

Bila aku bermain dengan Lensa Kamera





Subhanallah...indah kan? aku dan Ummi Za malas nak main air kat tempat kami makan tu. Oleh sebab peluang ini mungkin hanya datang sekali, aku ambik keputusan untuk jalan2 sekitar hutan dan naik ke peringkat-peringkat bukit untuk melihat air terjun. Lagipun, aku tak nak perjalanan ini menjadi sesuatu yang sia-sia dalam hidup. Aku tetapkan matlamat dari awal lagi. Sepanjang perjalanan ke atas bukit (melalui tangga yg disediakan) memang aku "cuci mata" dengan anak muda sekarang yang mengambil peluang untuk melakukan maksiat walhal hari tu adalah hari Jumaat. Setelah puas berposing dengan pokok hutan kat tingkat 1, shima dan yana ikut sekali perjalanan kami. Sebab nak mengabadikan wajah bersama hutan hihi. Kami berselisih dengan beberapa pasangan. Aku cuma berbalas pandangan dengan Ummi Za. Diam...dan terus berjalan. Aku berdoa supaya Allah membukakan hati mereka. Sampainya kami di tingkat 4 (yang atas sekali). Ada sepasang kekasih tengah menikmati keindahan air terjun sambil duduk di meja batu yang dah disediakan. Melihat kami yang bertudung labuh menuju ke situ, lantas mereka beredar dan turun ke bawah. Hanya antara Malu @ terganggu, apa agaknya ya? ini kan tepat awam. wallahua'lam. Aku dan Umi Za tersenyum. Andai kedatangan kami ke atas tanpa disengajakan itu telah mencegah sesuatu perbuatan yang mungkar, betapa lapangnya dada kami. Alhamdulillah. Ada hikmah perjalanan kami ke situ. Malas nak memanjangkan kalam dan prasangka. Kami pun bergambar sepuasnya diatas. Memotretkan diri dengan ciptaan Allah yang indah.Subhanallah...memang cantik la pemandangan di atas tu. Memang rugi kalau tak tengok. hihi.

Aku melihat ke handset. Eh, ni kan waktu Muslimin solat Jumaat. Kenapa semakin ramai kumpulan lelaki datang untuk mandi air terjun di sini? makin meriah pulak. Ini realiti atau fantasi? hah..korang fikirlah sendiri ek. Aku dan Ummi Za sempat berdiskusi atas batu leper sambil lunch dengan sahabat-sahabat. Apalah nak jadi dengan umat Islam zaman sekarang.

Apa yang aku dan Umi Za tersentuh hati selepas melihat adegan itu ialah, ada seorang pakcik, berbaju Melayu, berkain sarong dan berkopiah. Eh pakcik ni pakai baju cantik siap dah untuk pi solat Jumaat, kenapa masuk hutan ni plak? Rupa-rupanya, pakcik tu mengajak remaja-remaja lelaki pi Solat Jumaat hatta pakcik-pakcik tua pun ada yang tak pi solat Jumaat. Tapi, apa yang aku kesalkan, tak da sorang pun yang hiraukan pakcik tu. Apa yang penting, pakcik tu dah melakukan tugasnya sebagai orang yang menyedarkan orang yang lalai.

Renungkan...

" Demi masa * Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian * Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran. " al-Asr

Khairunnisa,
7.00 pm
13 Ogos 08
APIUM
http://qalamhazin.blogspot.com

3 comments

  1. Anonymous

Leave a Reply

About

Blog Widget by LinkWithin