SESUATU YANG BERNAMA "ASSIGMENT"


posted by Khairunnisa on

1 comment


::: hemm asgment asgmnt asgmnt... kami lama dah terima asgmnt..tapi dsebabkan banyak urus program hingga kami ramai terlupa masukkan dalam jadual hidup kami satu masa yang khas utk buat assgmnt..walhal ia adalah amanah dari Muallim. inilah pelajar sekarang, ( termasuk diri QH sendiri ) terlalu leka. sedangkan maut sentiasa ada dibelakang kita. aduh diri yang rugi. sehingga kan bilik QH sendiri jadi markaz sahabat-sahabat QH untuk buat asgmnt. maklumla guna laptop QH sendiri. Hingga terlena atas katil QH sendiri. kesian mereka. alhamdulillah asgmt 1st dah siap. baru 1st.. ada berlamabak lagi kertas putih yang tak sabar-sabar nak dicoret utk buat asgmnt. =) ada sahabat QH last minute tak sempat siapkan asgmt math hingga " COPY & PAST" asgmt kawan yang lain. seorang lagi sahabat QH mengadu dengan QH tadi sebab belum buat satu pun asgmnt walhal esok kena hantar dah. waduh, tak dapat QH nak tolong. waduh...pelajar.. inilah yang dikatakan ME-LAYU. ustaz zamri kata, kenapa tak ubah sahaja ME-LAYU jadi ME-KUAT ?? =) QH cuma tsenyum dengar. Apa yang penting ialah merubah diri sendiri.

Inikah style assgmnt anak MELAYU? kerja yang sering bertangguh dan asyik menyalahkan waktu yang berlalu. Andai waktu itu menunggu, maka rosaklah manusia. Ingatlah diriku dan sahabat semua, Allah dah berpesan dalam surah Al-Asr..> Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian,kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasehat menasehati supaya mentaati kebenaran dan nasehat menasehati supaya menetapi kesabaran.

Tetiba QH terfikir pepatah MELAYU mengatakan " MASA ITU EMAS " dan akhirnya pepatah tersebut terbukti tak boleh dipercayai lagi. Kita boleh lihat bukan mereka berfikiran CETEK, tapi betapa SEMPIT nya MELAYU berfikir. Emas itu boleh dibeli. Adakah sama dengan masa yang boleh di beli? kalau boleh, QH nak beli masa QH yang terbuang dulu. tapi amat tepat pepatah Arab yang berbunyi MASA ITU IBARAT PEDANG. andai kamu tak mendahuluinya, ia akan memotong kamu. bila ia dah memotong, mustahil kamu boleh mencantumkan kembali masa lalu untuk dibawa kehadapan. ini juga membuktikan Benarlah ayat-ayat Al-Asr. Betapa ALLAH itu Amat Mengetahui skap hamba-hambaNYA. MAHA BESAR sebagai pencipta kita.


p/s :: exam tak lama lagi. asgmt pula semakin bertambah dan ada baru dapat petang tadi. YA ALLAH, ampunilah hambaMU yang sering alpa ini. Ada baiknya sahabat-sahabat QH berkampung kat bilik QH. sekurang-kurangnya QH tak la malas, kalau tak asyik tidur je memanjang =)

1 comment

Leave a Reply

About

Blog Widget by LinkWithin