WARKAH CINTA BERBAU SYURGA


posted by Khairunnisa on

No comments


Amir Mukhlis seorang mahasiswa yang membesar dalam atmosfera agama yang subur. HIdupnya mula teruji apabila wardah mengharapkan sebuah keputusan. Lalu BALQIS muncul membawa harapan. Akibatnya, salahfaham tercetus antara AMIR dan teman serumahnya. Dalam kegetiran menjadi mahasiswa tahun akhir, AMIR perlu menyelesaikan konflik perasaan dan persahabatan. Kesihatannya turut terjejas. Mampukah AMIR membuatkan keputusan tepat untuk keluar dari kemelut ini?

"jika novel AYAT-AYAT CINTA menyorot latar MESIR dar pandangan seorang mahasiswa Indonesia, maka Warkah Cinta Berbau Syurga ini disorot dari kaca mata seorang mahasiswa Malaysia yang menuntut disana. Justeru tidak hairan andai latar Kaherahnya dan suasana kehidupan para pelajar Malaysia dapat diperincikan sebegitu rupa" -Zaid Akhtar - Penulis Novel SESEGAR NAILOFAR, Justeru Impian Pemenang Hadiah Utama Sastera Utusan

"LUPAKAN beberapa watak yang tiba-tiba muncul dan tiba-tiba menghilang ataupun yang tiba-tiba hidup dan tiba-tiba "dimatikan". Saya bukan "pembaca novel" yang baik tetapi novel ini "memaksa" saya untuk membaca pembuka katanya; " Cairo kurasakan sepi tanpa surat-suratmu. Bunyi sahrawi yang mengepuk debu kering itu bagaikan membawa gemersik suaramu...." Dan, pembuka kata surat novel ini "memaksa" saya untuk terus bersantai hingga kepada penutupnya yang mengusi; "Wardah....Balqis...Maafkan aku." - Pyanhabib-Pemuisi


~* ( Demikian ialah sebagai sinosis novel ini. Bagi saya, sinopsisnya saja tidak mantap untuk menarik peminat novel, namun dipujuk jua lantaran masa yang luang untuk dihabiskan. Hati rasa ingin membacanya bila terbaca komen oleh Pyanhabib. Apa sebenarnya yang "memaksa" beliau untuk habis membacanya. Ah, ada sepucuk surat sebagai "pembuka selera" pembaca. Mantap. Mungkin inilah yang "memaksa" Pyanhabib. Sungguh asyik. Bunga-bunga ayat yang disusun amat teratur. Sebagai wanita yang lembut hatinya amat cair bila membaca ayat-ayat penulis ( A. Ubaidillah Alias) ini. Novel cinta berjiwa Islamik ini wajar untuk dibaca oleh remaja yang mencari ertikata "cinta" yang dilandaskan dalam islam. Dan banyak lagi novel berunsur Islam mula diterbitkan. Sekurang-kurangnya kesedaran itu ada. Saya sarankan remaja jangan lupa untuk membaca novel TAUTAN HATI oleh Fatimah Syarha. Novel itu juga mengandungi matlamat yang sama iaitu bagaimana untuk membina sebuah CINTA yang ISLAM gariskan. SELAMAT MEMBACA ) *~

~qalam_hazin~

Leave a Reply

About

Blog Widget by LinkWithin