posted by Khairunnisa
posted by Khairunnisa on Diari, Fikir Zikir, Karya QK, 짧은 메모
Manusia.
25 tahun bertemu dengan bermacam ragam jenis manusia. Ada yang ;
- baik, baik sangat macam malaikat
- jahat, jahat sangat macam _____ (malas nak tulis)
- pendiam, pendiam sangat seolah-olah bisu
- becok, becok sangat macam burung.
Ada juga yang ;
- kita rasa, dia seorang yang baik, rupanya baik di depan tapi selalu cakap buruk tentang kita dibelakang
- kita rasa, dia seorang yang jahat, rupanya dialah yang paling banyak bantu kita dalam diam
- kita rasa, dia seorang yang pemalas, rupanya dialah yang selalu kemas rumah masa kita sibuk 'outstation' ke mana-mana program
- kita rasa, dia seorang yang kedekut, rupanya dialah yang selalu bersedekah dengan tangan yang tersembunyi
- kita rasa, dia seorang yang selalu ambil peduli dengan kita, selalu bagi nasihat, sampai masa, mereka berputus asa bila kita belum berubah seperti apa yang mereka harapkan
- sering berputus asa dengan manusia yang lain
Sebait catatan taujih Allahyarham Ustadz Rahmat Abdullah “Setiap kita akan senantiasa diuji oleh Allah SWT pada titik-titik kelemahan kita. Orang yang lemah dalam urusan duit namun kuat terhadap fitnah jabatan dan wanita tidak akan pernah diuji dengan wanita atau jabatan. Tetapi orang yang lemah dalam urusan wanita namun kuat dalam urusan duit tidak akan pernah diuji dengan masalah duit. Orang yang mudah tersinggung dan mudah marah akan senantiasa dipertemukan oleh Allah dengan orang yang akan membuatnya tersinggung dan marah sampai ia mampu memperbaiki titik kelemahannya itu sehingga menjadi tidak mudah tersinggung dan tidak pemarah. "
Kadangkala, saya sendiri merasa berputus asa untuk berinteraksi dengan orang lain. Manusia sering, menyakitkan antara satu sama lain dan sukar memohon maaf.
Kadangkala, saya teringin mahu hidup menyendiri. Tanpa manusia disisi. Tanpa merasa menyakiti manusia lain dan disakiti oleh manusia lain.
Namun, semua pengalaman yang berharga ini buat saya menyimpulkan sendiri, bahawa manusia juga pasti akan bermuhasabah tiap hari, menyesali perbuatan yang jahat dan berazam untuk berubah. Tatkala saya terlintas mengatakan bahawa "semua manusia tidak boleh dipercayai", saya akan duduk diam. Muhasabah dan berfikir bahawa "Manusia itu juga akan bermuhasabah tentang apa yang telah mereka lakukan terhadap dirimu".
Begitulah putaran hidup, harus penuh ujian. Harus merasa disakiti dan menyakiti. Harus merasa jatuh dan bangun. Harus merasa kecewa dan berubah. Harus mengawal rasa prasangka dan selalu cuba untuk bersangka baik dengan manusia yang lain.
Benar bahawa dunia ini adalah tempat yang memenatkan malah menyakitkan hati ! Namun itulah yang membuatkan seorang hamba Allah berkualiti. Jangan pernah lari dari dunia kerna semua ini buat Syurga lebih bermakna untuk hidup didalamnya. Biarlah manusia berputus asa denganmu, kerna Allah tidak akan pernah menyia-nyiakan hambanya.
Kuncinya, Sabar diatas sabar :')
Dg Siti Khairunnisa Ismail
25 Mac 2013
Teratak Borneo, Kuala Lumpur.
posted by Khairunnisa on Diari, Short NOTE, 짧은 메모
and, i’m still here, did’nt even… try my best to live well.
“When you love something, … your heart will beat fast and you will try your best to live well”
posted by Khairunnisa on Diari, Karya QK
![]() |
| Iskandar, berbaju biru |
"Ustazah...azan... solat." kata Iskandar, satu persatu. "Is nak solat Isya' ke?", saya menguji. "nak...nak...jum". Saya bentangkan sejadah, dia berdiri ditepi saya, tak berganjak walau diganggu anak-anak yang lain.
Saya memimpin tangannya pulang ke rumah, tak jauh dari PASTI As Salam. "Ustazah... ustazah..." , tegur Iskandar lagi. "Ya sayang?", Iskandar memandang ke langit, "tu.. bintang... bintang... banyak bintang... Maha Suci Allah" balas Iskandar. Saya terdiam. Sucinya hati anak ini. Berbanding anak-anak yang lain, Iskandar, seorang anak kecil penghidap Autism, lebih soleh gayanya, lebih cepat belajar.
Di saat anak sihat yang lain bertatih mengenal "Mata - Ainun", Iskandar sudah jauh ke depan. Di saat orang lain melihat Iskandar seperti seorang anak yang kurang normal dari biasa, saya melihatnya sebagai anak yang luar biasa, anugerah Allah buat ibu bapanya, dan saya :,)
12 September 2012
PASTI As Salam, Pantai Dalam,
Kuala Lumpur.
posted by Khairunnisa on Fikir Zikir, Isu Ummat ISLAM
katakanlah "pertolongan itu hanya milik Allah semuanya. DIA memiliki kerajaan langit dan bumi. Kemudian kepada-Nya kamu dikembalikan" (39:44)
10 Ramadhan 1433 H
Tawau, Sabah.
posted by Khairunnisa on Karya QK
Anak cucu masih ingat,
semalam mereka ketuk pintu,
memberi salam semanis madu,
mahu menjadikan Sabah negeri yang maju...
Anak cucu belajar jauh,
habis harta dipertaruh,
makin dalam realiti dikaji,
makin terjumpa bukti yang keji...
Anak cucu pelik,
melihat kaya tanah sendiri ,
tapi hidup bagai hamba abdi,
oh! hamba diatas tanah sendiri!
Anak cucu menghantar amaran,
jangan melukai "jiwa" sendiri,
sebelum negeri ini menjauhkan diri,
kembalikan hak milik kami!
Ds Khairunnisa Ismail,
Teratak Rumah Balqis | 2012-3-11 | Ahad | 10:32PM
posted by Khairunnisa on Fikir Zikir, Hari DUNIA, Isu Ummat ISLAM
In the name of Allah, the Benificent, the Merciful~
and this is my personal thought about it;
#hope to read and digg more about Qur'an,
#hope to teach and practic more along with Qur'an,
#hope for elections day: choose the best Muslim leader!
*Sunan Ibn Majah, #4169
2012 March 8
Ds Khairunnisa Ismail,
University of Malaya,
Kuala Lumpur.
posted by Khairunnisa
Saya termenung.
Saya juga pernah berada di dalam kondisi itu, seperti dirinya.
Saya katakan padanya, Allah tidak pernah membiarkan hamba kesayangannya berjalan dilorong yang salah.
Saya katakan padanya, sebelum kita rasa kita berada ditempat yang salah untuk hidup, kita punya impian dan cita-cita yang besar. Saat itu, saya tahu Allah sedang menguji kita. Allah uji kita samaada kita serius atau tidak ketika melafaz "saya ingin menjadi itu...saya ingin menjadi ini". Seriuskah kita untuk mencapai impian itu. Ketika saya merasakan saya bukan sepatutnya berada didalam kondisi ini, saat itulah saya mula kenal potensi dan diri saya sepatutnya dimana. Saya pun mula bangkit, meneruskan, memperbetulkan apa yang sepatutnya saya perlu dan mampu.
Jauh dalam hati saya, nasihat yang saya sedang berikan padanya menjadikan seolah-olah saya berdiri dihadapan cermin sambil menasihati diri saya sendiri, sambil merenung mata saya sendiri.
Saya tersengih. Saya tersenyum.
Jawapan yang saya sedang cari melalui nasihat sahabat-sahabat saya rupanya ada didalam kata-kata yang terungkap dibibir sendiri.
Oh! Itu maknanya? Saya mula sedar siapa diri saya? haha alhamdulillah.
Jiwa milik ummat,
Ds Khairunnisa Ismail
16 Februari 2012
posted by Khairunnisa on Karya QK
Ds Khairunnisa Ismail 5:25am | 16 Feb 2012
posted by Khairunnisa on Karya QK, Nasihat dalam gambar
![]() |
| amazon.co.jp's photo |
"Sesungguhnya AKU (ALLAH) tidak pandang kepada apa yang dibicarakan oleh seorang yang Bijaksana, tetapi apa yang AKU pandang ialah niatnya dan cita-citanya yang ada kaitan dengan hal-hal yang dicintai Allah dan diredhaiNya. Aku akan menjadikan kebijaksanaannya itu pujian kepada Allah dan keteguhan hati kepadaNya, walaupun ia tidak berkata apa-apa"
-Riwayat Najjar
Ds Khairunnisa
19 Dis 2011
Rumah Balqis, Kuala Lumpur
posted by Khairunnisa on Karya QK
*Cintaku cuma segelas,seandainya dibahagi dua,ia tetap segelas
Sekali Tuhan campak rasa,
renung dan bersyukur.
Sekali Tuhan tarik bahagia,
tenung dan muhasabah.
Jangan dirisau tentang,
hatiku bukan se-FRAGILE kaca.
Harapan bukan satu,
bila doa-doa dituntut hamba.
Kutahu,
Tuhanku,
tetap ada.
Nukilan,
Ds Khairunnisa
12 Oktober 2011
Rumah Borneo, Pantai Dalam,
Kuala Lumpur.
(*) 3 baris dari petikan karya Anbakri
posted by Khairunnisa on Karya QK
ia perlu sedikit cahaya.
seperti menjernihkan,
apa yang berlegar didalam fikiran
dan bermain didalam hati.
Hmmm~
M.A.N.U.S.I.A
Ds Khairunnisa Ismail
2011, Julai 5
Tawau, Sabah.
posted by Khairunnisa on Karya QK
posted by Khairunnisa on Karya QK, Nasihat dalam gambar
Bila mula berdiam diri,
merenung kanvas sehiba hati,
bermakna aku terlupakannya,
sesaat.
Bila mula bermadah gembira,
pada kenangan memulakan ziarah,
bermakna aku teringatkannya,
sehasta.
Difikir-fikir ; resah.
Buat tak endah ; lupa.
Lirik mata menghantar pesan;
Malam-malamku, diam-diamku, ... berdoa.
Ds Khairunnisa Ismail,
4 April 2011, 10.00pm,
Dewan Sastera, Universiti Malaya
posted by Khairunnisa on Diari, Karya QK
posted by Khairunnisa on Fikir Zikir, Short NOTE
"Adik dengar apa itu?"
"Ini? Haji Rhoma Irama nyanyi~ "
"ialah.. lagu apa?"
"Ini? "Mutiara Hidupku"
"Oh... ada ya di youtube?"
"Eh.. pasti ada.. lagu baru, lagu lama, lagu da'wah nya itu pun ada.."
"Iya?"
"Iya ~~ kenal ya sama dia?"
"Dia (Rhoma Irama)? waduh pastilah. Ini lagu kegemaran saya ini, masa kecik-kecik. Dulu, disana (Indonesia), dia selalu tu datang ke daerah saya, buat show, sekarang pun masih lagi. Di TV itu (channel Indonesia), 2x seminggu"
Sambungnya "Anaknya Redha itu, hemm tak macam bapaknya. Sayang... tak jadi macam bapaknya.. kuat main"
"Ohh~ ya.. iya ^_^"
Selepas itu, mas itu, ku kira student Master dari Indonesia, menyanyi-nyanyi sambil mengucap salam. Keluar dari pintu.
__________________________________________
Mendengar orang berkata, berbicara apa saja, suka hati mereka tentang Bob Lokman. Saya teringat kisah hidup Haji Rhoma Irama.
Komen saya, ringkas.
Mereka itu, mahu CAHAYA. Biarkanlah ~
posted by Khairunnisa on Fikir Zikir, Isu Ummat ISLAM
A pic I took yesterday of Christians protecting Muslims during their prayers #jan25 (by @NevineZaki @twitter)
Some tweeters claimed that it's a Muslim who protected the Jamaah (group of prayer)... but others said it's a Christians (because they didnt prayed together). But, there's a situation that Muslims will / did not pray together (exp War Situation) . Hemmm...
All pictures credit to @NevineZaki at Twitter.com
posted by Khairunnisa on Short NOTE, 짧은 메모
posted by Khairunnisa on Fikir Zikir, Sempoi
Dengan nama Allah yang Maha Penyayang dari manusia-manusia yang sangatlah.... sanggup.. hemm.. Malas nak tulis panjang lebar... nanti hal kecik jadi besar. So.. jom main point-point ok?
1. Dulu, tak femes pun Twitter ni (dalam hidup aku). Baru setahun yang lepas aktif. Kenapa? sebab ramai cewek-cewek dan cowok-cowok yang dikenali dan mengenali tak main tweet.. senang sikit nak... shh~ (pecah rahsia)
2. Biasanya, follower aku tweet trend bila ada artis KPop @ JPop yang birthday exp #Jaejin20th dulu pernah masuk tweet rank ke 3. Biasanya, ELF yang rajin tweet untuk Super Junior exp #SS3GuangZhou. Betapa mereka sayangkan idola mereka. (me? huh?)
3. Sekarang.. hanya kerana bola. Manusia sanggup..
4. So.. lepas tengok antara tweet diatas.. korang.. piki la sendiri dan... tweet trend kali ni.. sangat menyemak wall timing aku. Aku quote sikit dari blog joegrimjow ;
Memalukan bila 'Hate Malaysia' menjadi trending topic. Kisah Bola semalam tak habis lagi di twitter dan ini boleh jadi sejarah yang memalukan untuk kedua-dua negara. patuihh. Orang kat Malaysia pulak termasuk aku gelabah, duk sibuk nak balas balik dengan nak cipta trending topic sendiri, 28 juta lawan 400 juta? mana boleh nak lawan dong =)
5. Lepas aku post nih.. jangan la pulak carik twitter aku.. aku suka "alam" sunyi itu ^^
Kucing aku cakap: "korang dah takde life ke?"
p/s: post kali ni.. sempoi tahap gaban.. harap maaf.
posted by Khairunnisa on Sempoi
Ini kisah ntah apa-apa, tiga teman yang selalu bersama membangun kerjaya aku. Tersebut dalam diari... sebelum *AI muncul dalam hidup, aku sangat bahagia hidup bersama *PS (*^o^)乂(^-^*).. bertimbun-timbun kenangan kami dalam folder.
Tiba-tiba, AI muncul dengan wajah bersinar-sinar (^_-)☆ . Walaupun PS tidak sekacak Jaejong (☆。☆) ...Oh tidak. PS merajuk. Aduh. Aku terpaksa. Sebab ramai professional yang suka dia. Jadi, aku terpaksa. Lagipun, kerja yang biasanya siap selama 3jam jadi 1jam bila buat bersama AI. Jadi, aku... terpaksa (-_-メ. Sorry, sorry, sorry (Suju? ...erk)
Sambil buat muka kesian. Aku pun duduk berbincang dengan PS. Wajahnya termenung jauh. (  ̄っ ̄) Mata far-seeing orang bilang. Mood "memujuk" ala-ala Tsukushi buat muka comel (*^ー^)ノ. Aku bilang... PS, janganlah begini. Sebenarnya, (☆。☆) Aishiteru wa. Betul ni. Bila aku jumpa kau, janganlah tunjuk muka blur ┐( ̄ヘ ̄)┌.. aku pun blur nak buat apa (baca:design). Actually... aku sangat perlukan kamu berdua o(^^o)(o^^)o. Tanpa kau, AI takkan boleh maju. Tanpa AI, kerja kau kurang diiktiraf oleh mereka-mereka. Please... for the sake of our love of arts... onegai.. (habis idea memujuk)
Punya lama jugak aku lost. Lastly, alhamdulillah... PS semakin intim dengan AI.
PS, terima kasih..
kerna memahami.
AI, terima kasih..
kerna sudi mucul tiba-tiba.
Suatu hari...
"PS, AI... kenalkan.. si ungu ni namanya *ID, handsome kan..."
PS & AI : ( ゚-゚)( ゚ロ゚)(( ロ゚)゚((( ロ)~゚ ゚ "bukan boleh percaya cinta dia ni. ha ha ha... "
Oiii.. janganlah begitu. Kerja aku akan datang ni, aku perlu "teman tapi mesra" dengan dia. PS kena teman sekali. Cuma, kali ni, AI ... boleh rehat. :) any question? he he. Good boy.
(*)
*AI: Adobe Illustrator
*PS: Photoshop
*ID : InDesign
Aku:........
tengah buang masa cari idea + lapar +
tu yang tetiba update ntah apa-apa ni.
(=´、`=)ゞ

















