[Puisi] Anak cucu bangkit sudah!


posted by Khairunnisa on

No comments

A tribute for Himpunan Rakyat Sabah Mempertahankan Tanah Adat (123 Bangkit)

Anak cucu masih ingat,
semalam mereka ketuk pintu,
memberi salam semanis madu,
mahu menjadikan Sabah negeri yang maju...

Anak cucu belajar jauh,
habis harta dipertaruh,
makin dalam realiti dikaji,
makin terjumpa bukti yang keji...

Anak cucu pelik,
melihat kaya tanah sendiri ,
tapi hidup bagai hamba abdi,
oh! hamba diatas tanah sendiri!

Anak cucu menghantar amaran, 

jangan melukai "jiwa" sendiri,
sebelum negeri ini menjauhkan diri,
kembalikan hak milik kami!




Ds Khairunnisa Ismail,
Teratak Rumah Balqis | 2012-3-11 | Ahad | 10:32PM

Leave a Reply

About

Blog Widget by LinkWithin