CHECK OUT !
DILEMA MELAYU-ISLAM
[ KURANG FIKIR atau KURANG ZIKIR ]
– dikarang oleh PAHROL MOHAMAD JUOI
“ Merombak monopoli kebenaran berpaksikan puak dan kumpulan. Samada yang berjenama agama mahupun bangsa. ”
Buku ini merupakan analisis perkembangan Politik Kontemporari daripada Kaca Mata bebas. Penulis ingin mengajak pembacanya kembali menyorot sejarah. Belajar daripada Rasulullah s.a.w bagaimana Baginda s.a.w membina satu bangsa bermaruah sedangkan awalnya terkenal Barbar dan Jahiliah. Penulis juga menegaskan bahawa isi kandungan, pandangan dan pendapat yang terkandung di dalam buku ini tidak semestinya menggambarkan pendirian penerbit. Sekalipun pasti ada isi kandungan, pendapat dan pandangan yang tersalah dan kurang tepat, semoga ‘kesalahan’ itu nanti menjadi titian untuk pembaca mendapat sesuatu yang lebih benar, baik dan tepat
Penulis menegaskan bahawa buku ini bukanlah tulisan yang mengupas mengenai gagasan fikiran dan idea semata-mata, tetapi ia ditunjangi oleh langkah-langkah prakikal berdasarkan pengamatan dan pengalaman. Penulis sedar, sebagai seorang da’ie, pandangan beliau memerlukan teguran dan gilapan daripada pelbagai pihak- khususnya ulama, pemimpin dan seluruh golongan masyarakat.
Penulis mengajak, kepada semua yang bercita-cita untuk membangunkan bangsa, agama dan negara, buku ini insyaAllah akan memberi input yang cukup berguna sama ada secara langsung ataupun tidak. Penulis akan membawa mengimbau perjuangan masa lampau, menyorot reality masa kini dan merencana langkah-langkah menuju masa hadapan. Penulis berkata, jika apa yang terkandung dalam buku ini benar, terimalah. Sebaliknya, jika salah…tolaklah. Jika benar ia boleh “membetulkan” kesalahan kita. Jika salah akan menambahkah tingkat “kebenaran” kita. Insya-Allah .
Buku ini juga mempunyai 39 bab yang sangat menarik untuk di kupas. Di sini, suka saya kongsikan ke seluruh tajuk utama setiap bab khas untuk anda.
Bab 1. Dilema Melayu-Islam
Bab 2. Perjuangan Islam atau Melayu ?
Bab 3. Mengapa Melayu-Islam belum cemerlang?
Bab 4. Melayu yang mati akar
Bab 5. Bukan sekasar REVOLUSI mental
Bab 6. Perjuangan nafas yang panjang
Bab 7. Daulatkan AGAMA, martabatkan BANGSA
Bab 8. Melayu ganti Arab pimpin ISLAM
Bab 9. Mempolitikkan ISLAM atau mengislamkan POLITIK ?
Bab 10. Mebina kematangan berpolitik orang melayu
Bab 11. Sikap taasub halang perpaduan
Bab 12. Berpolitik sebagai satu IBADAH
Bab 13. Negara ISLAM tanpa HUDUD ?
Bab 14. Wakil rakyat yang tak bersama rakyat
Bab 15. Antara pemimpin terpilih dengan pemimpin dipilih
Bab 16. Muhasabah buat UMNO
Bab 17. Mem‘bumi’kan Islam Hadhari
Bab 18. Menegur kerajaan dari dalam
Bab 19. Merakyatkan golongan korporat
Bab 20. Salah faham terhadap ISLAM
Bab 21. Akibat kelemahan penyampaian ISLAM
Bab 22. Ramai MUALIM dan sedikit MURABBI
Bab 23. Bertauhid tapi masih melakukan kemungkaran
Bab 24. Mengapa pendidikan agama tidak berkesan
Bab 25. Bukan masalah fatwa
Bab 26. Kenapa jenayah gagal ditangani
Bab 27. Bandar Islam KOTA BHARU
Bab 28. Orang melayu suka baca picisan
Bab 29. Bahan lucah bunuh jati diri remaja melayu
Bab 30. Program realiti menjana ilusi
Bab 31. Bila Al-Quran menjadi saksi
Bab 32. Professional “ISLAMIK” militan
Bab 33. Barat taasub serang ISLAM
Bab 34. Amerika: kekuatan tanpa keadilan
Bab 35. Salam terakhir daripada Saddam
Bab 36. Strategi oranv lemah
Bab 37. Pengajaran dari ujian
Bab 38. Revolusi jiwa alaf baru
Bab 39. Hakikat perjuangan ISLAM sebenar
Cover dibelakang buku ini ada menjelaskan mengenai mengapa anda mesti baca buku ini.
1. Menyumbang ke arah penyelesaian dilema Melayu-Islam yang seolah-olah terpaksa memilih sama ada memperjuangkan agama atau bangsa sedangkan Islam dan Melayu mampu dimartabatkan secara bersepadu.
2. Memberi pandangan “di luar kotak” untuk membangunkan ummah dengan mensejajarkan pelaksanaan Fardu Ain dan Fardu Kifayah, peranan hamba dan khalifah, kesepaduan ilmu Naqli dan Aqli, berlandaskan kesucian zikir ( kebersihan hati ) dan kekuatan fikir ( ketinggian teknologi ).
3. Menjelaskan pelaksanaan “berpolitik sebagai satu ibadah” untuk memberi kekuatan baru kepada pemimpin Melayu ke arah pembentukan generasi yang lemah berintegriti dan kompetensi sebagai peneraju kepimpinan masa kini.
4. Menangkis obsesi diri dan kumpulan menerusi pendekatan perjuangan yang lebih dinamik, pragmatik, praktikal dan toleran berasaskan ketulusan memanfaatkan persamaan dan ketulusan menguruskan perbezaan.
5. Mengajak bangsa Melayu-Islam berfikir…jika benar sekalipun pintu untuk mewujudkan satu “perkongsian pintar” sudah tertutup, apakah pintu untuk mewujudkan satu bentuk “persaingan sihat” juga turut tertutup ? .
Sekadar perkongsian,
DSKhairunnisa’Ismail ,
Pasir Mas Kelantan,
20 November 08
Buku yang bagus, ana suka buku yang boleh membuka minda dan mengukuhkan keimanan.Terima kasih atas perkongsian.Moga Allah memberkati.
you know what is your problem? you think too much of the afterlife and you don't even think of your life as it is now. you're just a plain conformist.
Salam saudari
Harap saudari dapat menceritakan serba komprehensif isi kandungan buku ini daripada kacamata saudari sendiri.
Saya percaya buku ini ditulis pun untuk pembacanya memberi reaksi mengikut pengalaman dan kesan daripada idea yang ingin disampaikan.
Maaf ini sekadar cadangan sahaja...