Masyaallah...
gusar+sedih+bingung= Sabar
Macammana maksud ana tu?
Sebenarnya notebook ana telah di jajah oleh virus TROJAN. =( jahatla TROJAN ni,lebih kejam dari virus Flame bone yang ana kena sem lalu. Sebab habis semua folder ana kat dalam pendrive tu di sembunyikannya. Memang tak dapat la diselamatkan. Ana da try adjust kat Folder Options.Tapi, apa boleh buat. Terpaksa ana format pendrive tu.So, beberapa hari ni terpaksa buat kerja guna notebook teman ana sebab ana nak hantar notebook untuk di format tempat kawan. Saja nak format,biar ringan sikit nak buat kerja. Maklumla, ana ni suka install macam-macam. hihi
Jadi bingkisan ringkas ini ana coretkan sekadar untuk melepaskan rasa rindu ana pada blog ini yang mana tempat dan medan ana melukiskan warna pengalaman,ilmiah dan dakwah bersama para pembaca yang dirahmati Allah.
=) semoga kalian teruskan berjuang dalam mencari sinar dan sirna nur IMAN dan ISLAM.
Bila kita tak merasai kesusahan,bagaimana kita nak rasai rasa kesenangan dan kebahagiaan kerna kesenangan dan kebahagiaan itu datang selepas kita mersai kesusahan. Wah saat-saat sedih ni,panjang pulak ana bermadah. hihi
Ana malas nak mengadu panjang2 sebenarnya.Sebab itu hanya menambah kesedihan ana saja. Lebih baik ana bersiap sedia untuk menyempurnakan saat-saat sekarang sebelum habis dengan sia-sia. Sebab ana tahu disebalik seribu kedukaan hamba,ada lebih sejuta hikmah dari Allah. Tinggal kita gali hikmah itu sedalam-dalamnya. Ana teringat pesan Dr. Aidh Al-Qarni, "Jangan engkau biar perkara remeh menghancurkanmu" .
Apapun,ana tak sabar menantikan kedatangan senior-senior UMKL ke APIUM pada hari Jumaat bersamaan 1 Ogos 08 ini untuk melaksanakan program OFIS buat student sem 3 (termasuk ana). Ana ucapkan Ahlan wa sahlan. Cuma, pagi Jumaat tu pada jam9 majmuah ana ada kuliah Math selama 2jam. =)
Mari kita renungkan firman Allah yang maksudnya ;
" Tiada suatu bencana pun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Lauh Mahfuz) sebelum Kami menciptakan-Nya. " Al-Hadid ; 22.
Khairunnisa,
8.00 am
30 Julai 08
APIUM,Nilampuri Kelantan.
http://qalamhazin.blogspot.com