Ya..aku sepi beberapa hari ni, hanya menatap skrin laptop setiap masa. Online, reply mesej kawan, dan chat dengan beberapa kenalan. Everyday.. jarang keluar bandar sebab kawan-kawan cuti singkat sangat dan ada yang da pindah jauh. aku terkenang kembali, bila menatap beberapa profile di laman web. Mereka kelihatan bahagia bersama pasangan masing-masing. Bila aku bandingkan dengan hidup aku, jauh bezanya. Maklumla muda lagi dan belum mengikat mana-mana tali pertunangan atau perkahwinan. =) .
Bahagia sangat kah bercinta sebelum berkahwin? hari-hari berbalas SMS, sakit sikit saja terus mengadu dengan pasangan masing-masing. Saling menunjukkan kehebatan kasih sayang masing-masing. Berjalan shopping sama-sama. Dan hidup aku pula, handphone saja da 2 3 hari ni sunyi sepi macam tuannya, hanya 2 3 kerat SMS tazkirah dari kawan-kawan, kalau tak pun, SMS tentang Program ku yang tak lama lagi di adakan. Kalau sakit pula, takkan nak SMS kawan..pelik pula nanti. So, kalau aku sakit, just diam dan cari la ubat. Shopping pula suka jalan sendirian. Kadang-kadang dengan kawan atau adik. Jauh beza tak? =)
Walau apapun caranya, aku punya sahabat yang saling mengingati, punya adik-beradik untuk bergaduh merebut barangan free Maggie, punya parents yang sentiasa bersyukur melihat kami dapat berkumpul empat beradik cuti kali ini, punya laptop untuk meluah rasa dan melakar pendapat, dan satu yang penting, aku punya Tuhan yang 24jam mendengar kesedihanku,melihat segalanya dalam hatiku,Tuhan yang punya CINTA luarbiasa. Jadi, bila difikirkan, aku sebenarnya tak layak untuk berasa SEPI andai aku sedar semuanya ada disampingku. SEPI ? tak lagi.
SO what your reason to have a boyfriend ?. Sebab bagi aku la,lelaki yang suka bergelar "boyfriend" ,CINTA nya tak sehebat Tuhan ku itu. CINTA mereka cuma sia-sia. Buang masa, kridit, dan duit. CINTA ALLAH bagaimana? galilah sendiri. Itu lebih baik. =) agaknya, kenapa remaja perlukan pasangan istimewa ? FITRAH ? itu alasan yang lapuk. Jadi, sebagai pembaca yang memiliki jawapannya, anda berhak comment soalan ini, tak kisahlah mungkin ada telah berpunya atau sedang bercinta atau mash single atau dah berkahwin atau apa saja status anda. Sila berikan jawapan pada diri ini yang ingin memahami =) Syukran.
*maaf andai pengguna aku tidak sesuai pada pandangan anda...sila komen
Hanya sekadar rasa,
9.52 pm
29 Mei 2008
Tawau,Sabah.
Kalau rasa ingin berpasangan sebagai nature manusia adalah alasan lapuk, maka yang mengeluarkan kenyataan itu perlu berusaha memahami manusia. Kalau manusia tidak punya rasa ingin berpasangan, maka tentu takda selera hendak berkahwin. Maka jadilah jiwanya macam robot, kahwinnya hanya untuk membiak.
Tiada manusia normal dapat lari dari rasa ingin berpasangan. Yang membezakan hanya samada rasa itu lahir dari kesedaran atau nafsu semata. Samada sudah bersedia untuk bertanggung jawab atas cinta atau sekadar mahu mengkhinzir buta saja dalam cinta. Ingin cinta suci atau cinta merosakkan.
Membaca akhir entri enti, apabila dilontarkan soalan mengapa perlu berpasangan termasuk pada yang sudah berkahwin. Buat ana tertanya, apakah enti merasakan sekiranya cinta pada Tuhan maka tidak layak wujudnya cinta pada suami?
Rasulullah s.a.w adalah orang yang paling cinta pada Tuhan. Namun isteri2 baginda tidak pernah kegersangan cinta seorang suami. Ini kerana cinta pada Tuhan tidak pernah menafikan cinta pada manusia sekiranya mengikut garis panduan diberikan Tuhan.
Untuk memahami cinta, kena memahami manusia. Elakkan dari menjadi robot.
wallahua'lam
By the way, mengapa 'Hanya sekadar rasa,' itu dihitamkan. Ada sesi mencari harta karun ke? :P
ya. perlukah ada pasangan utk menikmati kasih sayang..? kalau di kejar cinta manusia tiada apa yg kita dpt. malah hanya sia2 belaka. sedangkan mengejar cinta Allah itu membawa kepada kebahagiaan.. ah! hebatnya CINTA itu..=)
bg sy sbg seorg wanita yg belum berpunya...remaja skrg ni hanya memikirkan kesenangan n tak mampu utk melawan nafsu yg sentiasa bermaharajalela...bila difikirkan hati ni hanyala milik allah dan zauj kareem...kdg2 remaja ni mudah utk jatuh hati sbb MATA tak jg pd yg selayaknya, SUARA yg lunak pd yg selayaknya, dan HATI yg akan tersimpul hanya pd yg selyknya...kdg2 hati ni lebih selesa utk berada di kalangan akhowat utk melakukan aktiviti outdoor berbanding bercampur ngan lelaki..
akhir kalam dr sy semoga kita berdua berjumpa pd yg selayaknya dan yg lebih baik n mampu membawa kita berdua kejalan yg diredhai dan dirahmati ALLAH...ameen..
i like dis