Archive for November 2009

Mesej tersembunyi di dalam cincin


posted by Khairunnisa on ,

1 comment




Akhirnya musim cuti dah tiba. Beberapa jemputan walimah yang saya terima. Tahniah saya ucapkan buat mereka yang akhirnya berjaya membina masjid yang moganya "baitul muslim" terutama Ust Dzul Khairi bersama Kak Raihana, Ust Wan Afifi bersama Kak Maarbalqish, Kak Shahrizul Irza (Kakak Kak Shahrizul Ayuni) bersama Shahril dan sahabat kami (batch tahun 1) Kak Khadijah (si kembar) bersama pasangannya. Alhamdulillah.

Sekarang ni, saya tengah mencari-cari idea untuk me-reka banting kahwin Kak Irza & Kad Jemputan Kahwin. Mencabar la sedikit sebab selama ni asyik buat banner program motivasi ja, kali ni khas pulak untuk perkahwinan, berdebar saya di buatnya.

Saya ingin kongsikan, di bawah ini.






 
Bagaikan kisah cinta di alam drama. Ada jugak manusia me-reka cincin sedemikian rupa. Inner Message Ring direka oleh Jungyun Yoon. Inner Message Ring mempunyai huruf yang tersembunyi di dalam. Jika anda mengenakan cincin ini, selepas beberapa lama, mesej akan membekas di jari si pemakai. Ada dua mesej di dalamnya iaitu "marry me" dan "always". 

Komen saya, romantik & unik. Keistimewannya bukan pada rupanya, tapi apa yang ada di dalamnya. Simple tapi sangat bermakna. Seolah-olah cincin tu berkata "Dont judge a ring with its cover" huhu yeeeelatu..

Macam manusia, rupa mereka mungkin biasa tapi mereka punya jiwa yang besar. "Jiwa yang besar" sudah tentu tidak terlihat secara fizikal. Mungkin mereka tidak punya wajah seperti Princess Diana, tapi hatinya suci dari maksiat.

Jungyun Yoon juga telah membuktikan bahawa cincin bukan hanya di lihat pada size permata, tapi seberapa dalam makna cincin itu pada si pemakai. Ada yang mengukir nama di dalamnya, tapi cincin Inner Message Ring berbeza dari cincin ukiran. Nak tahu? belilah hehe.

Apapun, sedalam mana cintamu pada manusia dan harta, jangan melebihi setinggi mana cintamu pada Allah. ^_^


QK : suka cincin yang simple tapi comel hehe...maaf tidak sempat memanjangkan kalam ~_~



DSKhairunnisa Ismail
Tahun 1 sesi 09/10
Jabatan Sains Politik Islam (Syariah)
0100 - Universiti Malaya


sumber : http://www.likecool.com/Inner_Message_Ring--Design--Gear.html

Lagi persoalan ISTIKHARAH dari kaum Adam


posted by Khairunnisa on , , ,

7 comments

 
 Picture : Kak Yana & Syed Ahmad Syed Abbas Wedding



Beberapa minggu yang lalu, saya menghadiri satu kuliah Ainul Qalb yang bertajuk "Siapa dalam Istikharahku". Mulanya saya mendengar dengan perasaan yang biasa, kerna saya terlupa seketika kisah lalu. Saya terupa bahawa saya pernah berjanji ingin melakukannya. Tapi saya kata "nanti dulu". Maaf kepada yang berkenaan.

Dalam kuliah tersebut, saya hanya mengantuk, meski sekali sekala tergelak mendengar telatah Ust Dzul Khairi memberikan pandangannya. saya terfikir, tajuk tentang cinta ramai plak datang. Jelas sangat mentallity. Namun, moga ada hikmahnya.

Atas permintaan sahabat-sahabat FACEBOOK saya terutama Faiz Shafie, Mohd Soufi, Mohd Hafizul Hilmi, Ashaari, Alhafiz Saufi Jelani dan Anem Arnamee yang meminta saya mengulas sedikit Kuliah beberapa minggu lalu. Saya pelik, kaum Adam pula yang banyak mengajukan soalan, saya ingatkan kaum hawa. Amat mengejutkan ^_^. Saya cuba yang kongsikan yang terbaik. 



ISTIKHARAH

Istikharah bermaksud meminta kebaikan dalam urusan yang di bolehkan oleh Allah untuk dilakukan hamba-Nya dengan cara-cara yang di ajar oleh Rasulullah SAW.

Perbanyakkan taubat, selawat dan berzikir kepada Allah agar beroleh petunjuk ke arah kebenaran.



Ibnu Qayyim berkata, orang yang beriman menerima ketentuan Allah dengan 2 sikap :

1) Berserah diri (sebelum solat istikharah)
 

2) Redha dengan apa yang telah ditetapkan oleh Allah setelah melakukan solat Istikharah.

Dari Makhul, dia mendengar Ibnu Umar berkata 


"terkadang seseorang itu beristikharah kepada Allah lalu dipilihkanlah yang terbaik baginya. Namun, dia membenci pilihan TuhanNya dan tidak mahu lagi melihat hasil istikharahnya itu meskipun sebenarnya itulah yang terbaik baginya"

Mari muhasabah sedikit dengan bicara ALLAH dalam surat cintanya yang bermaksud; 


"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." 
- Surah Al-Baqarah ayat 216"

Saya sedih bila orang mendengar tentang ISTIKHARAH, mereka memfokus dalam soal memilih pasangan jodoh sahaja. Sesungguhnya ISTIKHARAH ini luas. Ia di lakukan bila ada pertembungan urusan apa yang terbaik untuk kita lakukan. Ada keberkatan didalamnya untuk kehidupan kita. Ini bermakna, kita menjadikan ALLAH sebagai tempat pergantungan mutlak kita.

Saya bukan hanya bicara kosong, saya juga pernah melakukannya ketika nak memilih IPTA antara KTIAM & UM.Bukan sesuatu untuk dibanggakan..cuma nak membuktikan.

So, sekiranya ada mana-mana sahabat ingin tambah mengenai tajuk ini, amat di alu-alukan. Barakallah Lakum..








Ds. Khairunnisa Ismail
Tahun 1 dalam Sains Politik Islam (Siasah Syariyyah),
Universiti Malaya 08/09
9.40pm, 1 November 2009.

 



Perginya seorang tokoh : Prof. Madya Sidi Ahmad Bin Abdullah


posted by Khairunnisa on

No comments





PERGINYA SEORANG TOKOH : AL – FATIHAH

31 Okt 2009 - Prof. Madya Sidi Ahmad Bin Abdullah menghembuskan nafas terakhir pada kira – kira 12.52 tengahari tadi. Dilaporkan, beliau menghidapi penyakit hati dan meninggal dunia di kediamannya Kota Damansara, Kuala Lumpur.

Pemergian beliau merupakan satu kehilangan yang amat besar khususnya buat warga Nilam Pur. Beliau yang juga merupakan mantan timbalan pengarah Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya Nilam Puri, Kelantan. Merupakan seorang yang amat disegani dan disenangi ramai. Sikap rendah diri & mesra, menjadikan beliau disenangi baik dalam kalangan pelajar, mahupun staf – staf juga pensyarah. Banyak jasa yang telah beliau curahkan sepanjang hayat beliau, khususnya sepanjang berkhidmat di Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya Nilam Puri.

AL-FATIHAH : Semoga roh beliau dicucuri rahmat.
by : Norhayati Husin (http://diktatormedia.blogspot.com/)

Ulasan qalam khairunnisa: 

Begitulah sedikit sebanyak coretan adik tersayang dari bumi nilampuri. Sengaja saya tidak menyertakan gambar arwah Ust Sidi walaupun ada dalam simpanan, tetapi bagi yang mengenalinya lebih rapat lagi terutama anak-anak Intensif Sabah & Sarawak 06/07, hanya dengan melihat gambar di atas sudah cukup untuk mengembalikan nostalgia lama kita. Segala konflik dan dugaan kita tempuh bersama.

Aras satu, berhadapan dengan tangga merupakan Bilik Kuliah 5 dan Bilik Kuliah 6, ia merupakan bilik kuliah khas bagi pelajar Intensif Sabah & Sarawak 06/07 dan sebelum ini. Di sinilah segalanya bermula juga bermula perkenalan kami dengan arwah dan para pensyarah yang lain seperti Ust Jailani, Ust Hazrul, Ustazah Fatimah, Ustazah Syarifah dan lain-lain. Aduh, rindunya.

Selama setahun kami bersama, folder gambar juga penuh dengan kenangan. Ada yang pahit, ada yang manis. Semuanya di rakam bersama. Secara jujur, saya teramat rindukan mereka. Jauh dari hati, saya teringin hendak lepak bersama mereka, seperti dulu lagi, namun suasana di sini, bukan seperti bumi Nilampuri.

Tentu sahabat-sahabat Intensif Sabah & Sarawak 06/07 masih ingat kenangan bersama arwah ketika pertama kali menjejak kaki ke bumi Nilampuri. Berada di pantai, makan durian, dan siapa yang lupa kata-kata ini "Liqa' liqa' liqa'". Celotehnya dalam kuliah dengan kata-kata perangsang dan nasihat masih terngiang-ngiang di telinga. Kuliahya cukup santai. Dan apa yang pasti, saya dan sahabat-sahabat amat menyenangi arwah.

Khas buat sahabat-sahabat Intensif Sabah & Sarawak 06/07, secara terbuka, sekali lagi, saya meminta maaf andai selama kita bersahabat, saya ada terabai hak-hak kalian sebagai sahabat. Kadangkala, wajah yang kelihatan sombong bukan bermakna kita ini tidak mahu berkawan, wajah yang gembira bukan bermakna kita ini tidak kenal erti gembira. Ekspresi wajah juga tidak adil untuk di sama ertikan dengan benci. Kalian adalah sahabat pertama aku kenal di bumi nilampuri, sudah tentu menjadi bual bicara hingga ke anak cucu insyaAllah. Namun usia persahabatan kita akan tetap kekal hingga akhir hayat. Moga bertemu semula di negeri abadi. 


AL-FATIHAH : Semoga roh Prof. Madya Sidi Ahmad Bin Abdullah dicucuri rahmat.





dari meja Dayasari, Kolej Kediaman Kelima.



Ds. Khairunnisa Ismail
Tahun 1 dalam Sains Politik Islam (Siasah Syariyyah),
Universiti Malaya 08/09
0200, 1 November 2009.

About

Blog Widget by LinkWithin