Archive for May 2009

Al Kisah dan Muhasabah


posted by Khairunnisa on ,

3 comments



Semalam, aku menyelongkar album gambar kat dalam laptop. Rindu sangat dengan sahabat-sahabat sejak sekolah rendah hinggalah sahabat seperjuanganku di Akademi Pengajian Islam Nilam Puri ni. Aku terfikir nak cuci gambar. Jadi, aku pun asingkanlah mana yang berkenan nak di cuci. Sekitar dalam 50 keping la jugak. Wah, banyak ek?, tu pun kira sikit tu jika di bandingkan dengan folder gambar yang entah berapa GB dalam laptop ni. Ketika menyelongkar folder-folder tu, barulah aku sedar hakikatnya aku sebagai seseorang yang sering di pilih untuk memegang KD or AJK BITAN, iaitu gambar ku mesti jea kurang berbanding gambar orang lain. Apa tak nya, kita yang pegang kamera sepanjang program, camerawomen la katakan. Ish3. . .

MERUNGUT

Aku rasa sedikit tak puas hati. Aku katakan pada Masturah, nampaknya lain kali tak nak la jadi ajk BITAN lagi. Masturah kata, “kan kelebihan kita kena guna untuk ISLAM”. Astaghfirullah. Baru lah aku sedar kembali bahawa kelebihan aku dalam bidang ni. Namun, aku manusia biasa yang kadang kala tak lepas dari rungutan. Aku terfikir kembali, mahasiswa yang mempunyai kelebihan dalam bidang BITAN tak banyak di temui di APIUM Nilam Puri. Aku beristighfar kembali.

MINAT

Aku memang minat bahagian teknologi maklumat. Seorang sahabat pernah bertanya “Ko tu lak nak jadi ape lepas nih? Pengondam komputer ke? Ish3” . Sejujurnya, dulu aku pernah mengimpikan menjadi seorang hacker. Huhu. Rasa nak godam jea sistem White House tu, biar kucar kacir dengan cacing dan virus. Puas hati aku hahaha. Siapa yang pernah baca Novel Kombat 1511h karya Faisal Tehrani tu akan faham apa yang aku maksudkan.

Sahabat bertanya lagi, nanti nak amik kos apa kat UM? . Sejujur-jujurnya la, aku pun tak tahu nak pilih apa. Huhu. Aku kata “Kalau ada Syariah Teknologi dan Sains kan senang, Syariah Komputer ke ”. Sebab minat sains. Hihi. So sekarang ni tengah fikir nak pilih apa. Tapi prepare nak amik Siyyasah Syariah. InsyaAllah. Tak lama lagi nak register. Flight dah book 26 Jun nih. Bedebar la pulak huhu.

DOA – DAI’E

Moga segala impian dan harapan untuk menegakkan kembali ISLAM di muka bumi ini tercapai. Moga dengan kelebihan yang kita ada di syukuri dan digunakan untuk membantu ISLAM. Aku teringat kata-kata seorang pemikir ISLAM Indonesia, Bapak Dr Mohmad Natsir (Ketua Dewan Dakwah) :


“tiap-tiap kita adalah daie, pengembang tugas dakwah. Tukang beca yang muslim punya tugas dakwah. Ia yang menjemput dan menghantar pulang ustaz dalam suatu pelaksanaan dakwah.

Saudara yang menjaga masjid mungkin buta huruf, tidak bisa membaca dan menulis, tapi tugas membersihkan masjid, mengurus air masjid, menjaga keamanan selipar, adalah termasuk pelaksanaan dakwah. Merekalah yang mengurus semua itu. Dengan tugas itu, ia menjadi daie.


Yang menjadi pegawai, dia adalah daie. Kerana dengan kedudukannya, pelaksanaan dakwah dapat berjalan lancar. Yang kaya, yang mendapat kekayaan dari Allah, mungkin tidak bisa naik mimbar tetapi dengan infaknya dia menjadi daie”




Moga tugas-tugas kecil ku selama menjadi AJK BITAN MPP, Exco BITAN program dll itu adalah diantara tugas-tugas besarku sebagai seorang dai’e. Mulai dari apa yang boleh. Kita selalu memikirkan sesuatu yang jauh hingga tugas yang remeh kita tinggalkan. Teruskan menjadi perancang strategi dan sekaligus menjadi penggerak. Merancang saja tidak guna kalau tidak di jalankan, umpama kita dah penat mengumpul bahan untuk memasak Laksa, tapi sayang tak tahu bagaimana cara membuatnya.




Mulai dakwah dari apa yang kita boleh.




“Dubito, ergo cogito, ergo sum!” – Rene Descarte

Maksudnya “Aku meragui, lantas aku berfikir. Aku berfikir lantas ku temui diri !”





DSKHAIRUNNISAISMAIL
PASIRPUTIH, KELANTAN
1250pm, 24052009


*KD Penerbitan & Multimedia (BITAN)

Asha


posted by Khairunnisa on

5 comments

*bukan gambar sebenar Asha yea, tinggal kat dalam laptop huhu, but she look alike her

Asha, seorang Muslimah yang berasal dari tanah Africa. Saya bertemu dengannya beberapa tahun yang lalu. Masa tu, saya tengah cari seat dalam flight Air Asia KB-LCCT. Kerana rasa ingin berkenalan dengan insan yang bukan berbangsa "MELAYU", saya pun memberanikan diri untuk mengambil seat di sebelah Asha. Walaupun hakikatnya, saya kurang pandai berkomunikasi dalam bahasa Inggeris, namun, berbekalkan ilmu yang sedikit dalam English Communication, saya gagahkan diri untuk mencuba.


Well...."PRACTISE MAKE PERFECT" right ? hu hu


Di awal perbualan, saya bersikap telus dengan Asha. Saya katakan yang bahasa Inggeris saya "worst". Asha hanya tersenyum dan mengatakan tak apa, yang penting kita mencuba. Perbualan kami boleh dikatakan sedikit rancak, walaupun saya kekok berbual dan mencari-cari perkataan Inggeris yang ingin di sampaikan. Kadang-kadang, saya tahu tapi tiba-tiba "terlupa". Mungkin sebab saya tidak pernah praktikkannya dalam perbualan seharian. Penulisan dan perbualan tak sama, rupanya.


Asha bercerita ringkas tentang hidupnya. Dia mempunyai ramai adik-beradik. Ibunya salah seorang doktor kat Hospital Kota Bharu. Asha menyambung pelajarannya di salah sebuah universiti di London. Tapi, saya lupa universiti apa, yang penting course bahagian Medic. Rasanya sekarang tengah praktikal dah kot. Anyway, dia sahabat yang tak pernah lupa untuk send email dengan saya. Rasa dihargai, alhamdulillah.


Saya ada bertanya, bagaimana kawan-kawannya yang non-muslim melayannya di sana. Asha mengatakan, OK jea (tapi dalam bahasa Inggeris la ek). Penampilannya sederhana.Cuma tak mengenakan hijab. Sebelum ke penerbangan yang seterusnya, kami stay di Mc Donald LCCT, makan bersama kawan lelaki nya yang berbangsa Cina, schoolmate masa kat London dulu kot. Sebelum berpisah, kami bertukar email dengan harapan moga ukhwah tak terputus begitu saja. Pada post yang seterusnya, saya akan upload email ringkas dari Asha tentang Quran (sebab komputer kat cyber cafe ni tak upgrade WORD 2007...bengang sikit sebab dah save new post dalam WORD 2007) . ;)







dskhairunnisaismail
PASIRPUTEH, KELANTAN

1100am - 200509


Rindu


posted by Khairunnisa on

2 comments



Inilah...satu rindu,
yang tak punya bahasa..


Inilah...satu kasih,
yang tak punya sastera..


Inilah...satu cinta,
yang tak tersusun bicara..


kerna hati mula berlagu
tentang rindu yang tak
tertanggung qalbu..

Inilah lafaz yang tersimpan..
dari dasar hatiku yang paling dalam..

Sesungguhnya,
Aku merinduimu.......






buat: Abah & Mak
dari: anakmu di perantauan

nukilan asal : dskhairunnisa
APIUNIMALAYA, NP
0340 - 4/5/09




p/s : I'm really miss my family =(

Pada mereka yang ku sayangi


posted by Khairunnisa on

No comments


Peperiksaan terakhir dah berakhir, bermakna, inilah saat terakhir kami menatap bumi tarbiyyah nilampuri ini. Inilah saat terakhir yang membuka lembaran baru kami di bumi Uni Malaya KL akan datang.

Majlis demi majlis di hadiri sempena perpisahan dengan adik-adik sem2 sini. Rasa sayang, rindu, tak nak, nak, bercampur baur. Saling meminta maaf, bertukar pesan dan bermuhasabah sepanjang ukhwah yang dah terjalin sejak 3 tahun yang lalu.

Pada sahabat seperjuangan dari Intensif 06/07, sayang korang semua. Maaf sebab tak dapat jadi sahabat yang baik. Korang la sahabat pelengkap hidup ku di sana dengan wajah yang sentiasa ceria, positive thinking dan bijak.

Pada sahabat majmuah 4 sem 4, sayang korang semua jugak. Maaf andai sikap dan tingkah laku aku tidak enak dalam pandangan kalian selama 2 tahun bersama. Terima kasih atas keprihatinan anda semua.

Pada sahabat yang ku sayang, Husbah, Syimah, Rohayu, Zalekho, Masturah, Mutha'ah, kamu adalah anugerah Allah paling indah dalam hidup ku. Saat aku jatuh, kamu hulurkan tangan untuk aku berdiri bertatih semula. Saat aku alpa, kamu membantu aku mengetuk kembali pintu taubat. Terima kasih kerana membimbing aku untuk menjadi insan yang hebat di sini. InsyaAllah..aku akan cuba menjadi anak-anak panah Islam, di lempar ke mana pun aku tetap akan membawa & menegakkan Islam secara syumul. Doakan yea..

Pada adik-adik yang ku cinta, terutama Hayati dan Ziela, sayang korang ... serta adik-adik usrah aku yang akan ku rindui.. Moga kalian mantapkan tarbiyyah ruhiyyah dan jasadiyyah di bumi tarbiyyah ini.

Pada abah, mak, abang, kakcik dan adik...kakak sentiasa rindu untuk bersama dengan kalian. Setahun di perantauan ni banyak mengajar kakak erti hidup. Setahun berjauhan dengan kalian membuatkan kakak kenal erti sebenar rindu sebuah keluarga. Setahun tidak menatap wajah kalian di depan mata membuatkan kakak sering rindu...rindu...rindu...dan rindu serta sangat menghargai saat kita bersama.

Pada pemilik nyawaku... Terima Kasih ya Allah kerna menganugerahi insan-insan di atas. Terima kasih yang tak terhingga kerna memelihara roh, jasad dan iman ku sepanjang hambaMu ini hidup di dunia. Terima Kasih untuk CINTA-MU .. ya Allah..




DSKHAIRUNNISAISMAIL

APIUNIMALAYANILAMPURI

0200 – 4/5/09


About

Blog Widget by LinkWithin